SUARA BEBAS TUARAN

39 peratus generasi muda berjaya ke menara gading

Labels:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 39 peratus golongan muda berusia antara 17 dan 23 tahun berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang mencatatkan peratusan tertinggi dalam aspek itu di kalangan negara sedang membangun.
  • Katanya peratusan itu perlu ditingkatkan, bukan sahaja daripada segi bilangan bahkan mencakupi kualiti pendidikan dan pelajar yang dapat dijana menerusi pusat-pusat pengajian tinggi negara.
  • "Inilah cabaran yang berada di depan kita. Kerajaan telah banyak memberi sumbangan kepada proses pendidikan dan demokrasi pendidikan. Saya harap pemimpin-pemimpin pelajar akan melihat bahawa peluang untuk kita duduk di menara gading sebagai seorang pelajar ini bukan semata-mata daripada sudut akademik sahaja, tetapi ia adalah ujian yang perlu dilalui," katanya.
  • Najib berkata ujian lebih besar iaitu pembentukan karakter dalaman menanti para pelajar di menara gading agar mereka mampu tampil sebagai individu berjiwa suci, selain memiliki idealisme dalam perjuangan, bercita-cita murni dan bersedia berjuang untuk bangsa, agama serta tanah air.
  • Beliau berkata pembinaan negara bangsa bergantung kepada kualiti insan dan kualiti rakyat sebagai tiang seri kepada kejayaan sesebuah bangsa dan kelangsungan sesebuah tamadun.
Sumber: Bernama
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails