Siapa tidak kenal dengan Negeri Pahang Darul Makmur? Negeri tempat tumpah darah Perdana Menteri Malysia Datuk Sri Mohd Najib Tun Rajak.
Negeri yang dianugerahkan gunung yang menghijau, keindahan bukit bukau, kampung nelayan yang mengkagumkan, pasir pantai yang putih dan juga tasik-tasik yang misteri dan mencabar.
Dengan populasi seramai 1 juta orang penduduk, negeri Pahang yang terletak di Pantai Timur Malaysia menawarkan destinasi pantai yang indah dan menyeronokkan seperti Pantai Cherating, Teluk Chempedak dan Pantai Beserah.
Di Pahang juga pelancong boleh melihat keindahan Cameron Highlands, Genting Highlands dan Bukit Fraser. Disamping itu, negeri Pahang turut mempunyai taman-taman hutan yang terpelihara keasliannya seperti Kenong Rimba, Endau-Rompin dan Taman Negara.
Namun, keindahan ini, tercemar kerana baru-baru ini he Malaysian Insider telah melaporkan, Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah di saman oleh dua buah syarikat, Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd, sebanyak RM209 juta dan RM24 juta.
Rujukan : The malaysian Insider, Anakpahang blogspot

- Sebelum laporan tersebut, Kerajaan Negeri Pahang juga telah diheret ke mahkamah oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM) kerana tuntutan hutang penghakiman berjumlah RM63 juta. SGM diberitakan telah mendapat perintah mandamus bagi memaksa Menteri Besar Pahang melunaskan bayaran ini.
- Tuntutan hutang juga memaksa anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang, Astana Golf & Country Club disita kerana kegagalan membayar tunggakan pinjaman berjumlah RM40 juta.
- Terbaru, seperti didedahkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR, Azan Ismail, SGM sekali lagi telah mengemukakan saman kepada Kerajaan Negeri Pahang, kali ini saman ingkar janji yang berjumlah lebih RM100 juta.
- Sebuah lagi syarikat, Asia Chart Sdn Bhd pula telah membuat dua saman berasingan terhadap Kerajaan Negeri Pahang dengan nilai hampir RM200 juta. Kedua-dua saman ini, menurut Azan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan kira-kira dua minggu yang lalu.
- Dalam pendedahannya, Azan menaksirkan bahawa jumlah keseluruhan saman yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN, termasuk tuntutan dari pelbagai pihak ketika Pahang masih di bawah teraju Tun Khalil Yaakob, adalah dalam lingkungan RM5 bilion.
- Bagi Azan, ini melambangkan sikap Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN yang tidak bertanggungjawab serta memperjudikan masa depan negeri dan rakyatnya.
- Azan tidak menjumpai alasan lain mengapa berlakunya sebegitu banyak tuntutan hutang terhadap Kerajaan Negeri Pahang, selain kerana masalah rasuah, kronisme, penyelewengan dana dan salahurus hasil negeri, sepanjang Pahang dikuasai oleh Umno dan BN.
- Akibat dari jumlah hutang kerajaan negeri Pahang yang begitu besar, setiap rakyat Pahang, sama ada tua, muda, besar, kecil atau masih di dalam buaian sudah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370 seorang.
- Inilah yang berlaku di Pahang ekoran saman terhadap kerajaan dan juga hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.

Post a Comment