SUARA BEBAS TUARAN

Bekas Penagih Berkhidmat Musnahkan Iklan Ah Long


Baru-baru ini, Majlis Bandaraya Ipoh telah melaksanakan kerja-kerja secara aggresif dengan mengoyak iklan yang di postkan oleh kumpulan Ah Long dikawasan bandaraya tersebut .
  • Menurut sumber, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengorak langkah ini untuk membanteras kegiatan Ah Long yang terus berleluasa di sekitar bandar raya itu. Untuk tujuan itu, MPI telah mendapatkan khidmat 10 orang anggota Persatuan Bekas Penagih Malaysia (Pengasih) dan polis bagi operasi bersepadu membanteras kegiatan Ah Long dengan mengoyak iklan haram yang dilekatkan oleh Ahlong di kawasan bandar itu.
  • Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata kumpulan Ah Long didapati terus menampal iklan, poster dan kain rentang pinjaman wang haram secara berleluasa di bandar raya ini.
  • "Bagi membasmi kegiatan itu, MBI telah melantik 10 anggota Pengasih untuk bergerak secara habis-habisan mengesan dan mengoyak iklan haram, poster dan kain rentang ceti haram," katanya selepas melancarkan Program Pembasmian Iklan Haram di sini Selasa.
  • Roshidi berkata polis juga bersetuju untuk bekerjasama dengan MBI untuk mencari dan menangkap Ah Long.
  • "Kita akan memburu Ah Long ini secara habis-habisan dan mengembalikan bandar raya ini sebagai wilayah terindah dan terbersih serta bebas iklan haram di masa hadapan," katanya.
Sumber: BERNAMA
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails