SUARA BEBAS TUARAN

BN Perlu Menang di Bagan Pinang

Labels:
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang walaupun beliau menganggap "kerusi itu agak selamat".
  • Beliau berkata apa yang penting sekarang ialah persiapan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan itu 11 Nov ini dan Pemuda Umno kini dalam proses mengenal pasti pengundi muda."Bagi soal pencalonan, kami serahkan kepada pucuk pimpinan dan tidak perlu dibahaskan lagi.
  • "Bagi jentera Pemuda Umno tiada masalah dan bagi diri saya, Pemuda di Teluk Kemang memang bersatu," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.
  • Katanya beliau telah berbincang dengan Pemuda MIC untuk saling bekerjasama dengan BN, bukan sebagai parti komponen tetapi sebagai jentera pilihan raya tunggal.
  • "Semua sayap Pemuda BN akan bekerjasama, bukan sebagai parti komponen berlainan. Sebagai contoh, saya akan mengadakan ceramah di sebuah ladang yang penduduknya majoriti India kerana ia berjiran dengan kawasan yang diwakili saya, Rembau". Katanya respons daripada Pemuda MIC amat baik dan beliau tidak menjangkakan sebarang masalah untuk bekerjasama.
Sumber: BERNAMA
2 comments:

Salam ziarah sdr Solymone..

Saya merasakan bahawa bagan pinang akan menjadi satu lagi pertarungan sengit antara PAS dan UMNO. Jika bersandarkan kepada kemelut dalaman UMNO Teluk Kemang terutama dlm pemilihan calon ,maka besar kemungkinan akan wujud unsur sabotaj dlm kempen UMNO. Kalau pun Tan Sri Isa tercalon..segelintir ahli umno akan bersikap menikam dari belakang.

Begitu juga sebaliknya..kalau org lain tercalon..penyokong Tan Sri Isa juga akan mensabotaj kempen. Penilaian ini saya buat atas prinsip kerana ahli umno sudah tidak mengambil kira kepentingan parti tetapi lebih kepada kepentingan kelompok dan individu.

kalau benar apa yg dikatakan oleh Tun Mahathir dlm blog, maka kita tidak heran jika dalam pRU-13 nanti UMNO akan kehilangan sokongan majoriti rakyat di negara ini.

bagi saya kemenangan umno di Bagan Pinang bukan akan meningkatkan sokongan rakyat..tetapi hanya sebagai mengekalkan kerusi sedia ada. jika menang dgn mejoriti rendah pun cukup bagi pkr utk memalukan UBN lagi.

Justeru UBN kena memastikan bahawa sekurang-kurangnyA majoriti bertambah.


Wsalam Kelapa Mawar,
Selain dari Tun M, Daim Zainuddin pun telah menyatakan bahawa 80 % penggundi muda tidak menyokong BN.
Means, sememang nya UBN mempunyai problem di Semenanjung.

Namun di Sabah, kita maseh lagi menunggu kajian terakhir trend sokongan belia di sini.
Thanks kerana melawat dan ulasan


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails