SUARA BEBAS TUARAN

Cubaan Menyeludup Keluar Gula Ke Indonesia Gagal

Labels:

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Tawau mematahkan cubaan menyeludup keluar 304kg gula pasir menggunakan feri penumpang ke Indonesia semalam.
  • Pengarah Operasi Maritim Tawau Amran Daud berkata kesemua gula berkenaan dirampas daripada tiga buah feri penumpang yang dalam perjalanan ke Nunukan, Indonesia kira-kira jam 5.30 petang.
  • Katanya operasi pemeriksaan ke atas tiga buah feri berkenaan mendapati ketigatiga feri berkenaan masingmasing membawa 172kg, 118kg dan 14kg barangan kawalan berkenaan.
  • Bagaimanapun Amran berkata tiada sebarang tangkapan dibuat kerana tidak ada penumpang mengaku pemilik gula berkenaan dan feri dibenarkan meneruskan perjalanan selepas pemeriksaan dijalankan.
  • Katanya rampasan kali ini merupakan kejayaan ketiga APMM sepanjang bulan Ogos lepas menjadikan jumlah kesemua gula yang dirampas sebanyak 1,104kg bernilai RM1,711.20.
  • Menurut Amran pihak APMM akan meneruskan rondaan dan memperketatkan pemeriksaan di perairan Tawau bagi mencegah sebarang penyeludupan barangan kawalan terutama pada musim perayaan ini.
Sumber: BERNAMA
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails