SUARA BEBAS TUARAN

Dalam PRK Bagan Pinang, PR Guna Pendekatan Menyerang


Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, yakin kedudukan Pakatan Rakyat cukup mantap dan menyifatkan keupayaan pakatan berada di posisi menyerang bakal mencerminkan aspirasi rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.
  • Walaupun berdepan dengan peratus undi pos yang terlalu tinggi di Bagan Pinang, Pakatan Rakyat (PR), PAS dan Pakatan Rakyat akan mengambil pendekatan menyerang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, demikian lapor Mohd Zuharman dari Malaysian Insider.
  • Perkara ini disahkan oleh Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Ia turut disahkan juga oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.
  • Selain itu PRK Bagan Pinang dianggap sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam proses transformasi penentuan landskap politik negara.
  • Salahuddin turut menegaskan PR akan membawa momentum PRK Kuala Terengganu di mana ketika itu PR juga berada di posisi menyerang berdepan dengan BN dan Bebas ke Bagan Pinang bersama hujah konkrit bagi menangkis isu dibangkit pihak lawan.
  • “Persefahaman dalam Pakatan serta isu bersama akan lebih meyakinkan kita untuk menghadapi pilihan raya di Bagan Pinang nanti,” katanya kepada wartawan The Malaysian Insider ketika ditemui di pejabatnya.
  • Di Bagan Pinang PR sudahpun bersetuju akan menurunkan calonnya dari parti PAS di samping BN akan menampilkan calonnya dari parti Umno.
  • Sementara itu Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, berpersepsi PR yang berada di posisi menyerang tidak akan terganggu oleh sebarang kesan berbanding dengan BN yang berada di posisi bertahan.
  • Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yakin semangat perjuangan PR tidak pernah lemah walau terpaksa berdepan dengan apa jua keadaan demi rakyat.
  • Kata Guan Eng, walaupun dari segi teori kemampuan menawan Dun Bagan Pinang hanya 40 peratus tetapi usaha bagi memastikan kejayaan PR tetap diteruskan hingga ke titik terakhir. Selebihnya berserah kepada tuhan, katanya.
Sumber:Malaysian Insider
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails