SUARA BEBAS TUARAN

Demokrasi BerParlimen Dari Kaca Mata Pandikar Amin

Di sebalik peranan penting Parlimen sebagai satu daripada tiga komponen utama sistem pemerintahan demokrasi negara, mungkin ramai di antara kita yang kurang mengerti makna di sebalik usia setengah abad institusi ini.
Contoh nya ketika ditanya tarikh rasmi terbentuknya Parlimen Malaysia “Entah, saya tak tahu,” kata seorang eksekutif muda manakala rakannya pula hanya tersipu ketika ditanya tentang signifikannya sambutan ulang tahun ke-50 Parlimen itu.
Dalam pada itu, saya telah mengikuti satu lapuran BERNAMA dimana Ketua Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar selaku Anak Sabah yang pertama mengisi jawatan itu bermula April 2008 telah menyuarakan kan beberapa pandangan beliau tentang definasi Demokrasi Berparlimen.
Untuk mereka yang belum mengikuti nya sebelum ini, saya postkan di sini pandangan dan pendapat beliau tersebut untuk kita kongsikan bersama;
  • kita berjaya mempertahankan sistem demokrasi berparlimen selama 50 tahun, sedangkan ada negara lain yang sama-sama mencapai kemerdekaan ketika itu telah mengalami perubahan demi perubahan pada sistem politiknya.
  • Ada negara yang pada mulanya mengamalkan demokrasi, lepas tu rampasan kuasa, buat lagi perlembagaan baru, demokrasi balik, rampasan kuasa balik. Tapi Alhamdulillah di Malaysia setakat ini kita dapat pertahankan kecuali apa yang berlaku pada 13 Mei (1969).
  • Peristiwa 13 Mei itu menyebabkan Parlimen digantung selama kira-kira 10 bulan, kuasa menentukan pentadbiran kerajaan Malaysia telah dikembalikan kepada rakyat selepas keadaan tenteram semula.
  • Inilah amalan demokrasi yang bertahan sehingga sekarang dan walaupun ada yang berkata kebelakangan ini ada kekalutan, kenyataannya ialah institusi Parlimen ini masih teguh,
  • keutuhan institusi Parlimen yang menjadi nadi kepada sistem demokrasi selama ini menyumbang kepada kestabilan negara secara keseluruhan dan meletakkan Malaysia di tempat sekarang.
  • Sejak mesyuarat pertama Parlimen pertama dirasmikan pada 12 Sept 1959, Malaysia kini berada di bawah Parlimen ke-12, yang penggalnya akan berakhir pada 2013.
  • Umumnya peranan Parlimen adalah sebagai penggubal undang-undang dan setiap anggotanya, sama ada yang dipilih oleh rakyat untuk menduduki kerusi dalam Dewan Rakyat atau dilantik kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan bagi kerusi Dewan Negara, mereka bertindak sebagai suara rakyat.
  • Bagaimanapun selepas 50 tahun, institusi itu mengalami perubahan ketara, khususnya daripada segi pengisian kerana anggota Parlimen kini mengamalkan sikap terbuka.
  • Maksudnya keterbukaan dalam menyuarakan pandangan mereka tanpa mengambil kira sensitiviti kepelbagaian agama dan kaum yang membentuk masyarakat Malaysia.
  • Keadaan itu, semakin menyerlah dengan kecanggihan teknologi maklumat yang memberi pendedahan meluas kepada mereka menerusi pelbagai saluran multimedia.
  • Mereka menganggap bahawa kuasa yang ada pada mereka tidak mempunyai had lagi, seolah-olah mereka mempunyai lesen untuk mengeluarkan apa saja hujah yang mereka fikir baik untuk sekumpulan masyarakat yang mereka wakili.
  • Bagi saya sistem demokrasi yang sebenar tidak begitu. Mereka harus bertangungjawab bukan saja kepada kumpulan yang mereka wakili tetapi bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.
  • Dan Sistem demokrasi yang sebenar tidak begitu. Mereka harus bertangungjawab bukan saja kepada kumpulan yang mereka wakili tetapi bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.
  • Ia berlaku apabila ada pihak enggan menerima suara majoriti yang menjadi intipati demokrasi.
  • Setiap rakyat mesti terima biar apapun pandangan kita, bersendirian atau berkelompok atau mengikut kaum yang mutakhirnya ialah pandangan majoriti dan keputusan majoriti.
  • Selagi kepercayaan ini subur dalam masyarakat kita, kelangsungan demokrasi terjamin dan kelangsungan demokrasi berparlimen dan parlimen itu sendiri sebagai wadah demokrasi akan terjamin.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails