SUARA BEBAS TUARAN

Dua EGM MCA?

Labels:

Agenda EGM masih belum ditetapkan lagi tetapi difahamkan antara yang utama ialah usaha mendapatkan sokongan perwakilan terhadap keputusan Majlis Presiden memecat Dr. Chua dan undi percaya terhadap kepimpinan Ong.
  • Keputusan Ong untuk mengadakan EGM itu dibuat ekoran bantahan oleh penyokong Chua yang telah melancarkan kempen mengumpulkan tandatangan di kalangan perwakilan parti supaya diadakan EGM.
  • Mengikut perlembagaan parti, EGM boleh diadakan melalui tiga kaedah persetujuan satu pertiga perwakilan, arahan daripada presiden parti, atau persetujuan satu pertiga anggota jawatankuasa pusat parti.
  • Orang dalaman parti berkata EGM itu kemungkinan besar diadakan selepas Aidilfitri dan tarikhnya mungkin 27 September kerana presiden parti telah menyusun siri taklimat kepada pemimpin, perwakilan dan anggota parti sehingga pertengahan bulan depan.
  • EGM yang bakal diadakan itu adalah yang ketiga sejak parti itu mengadakan EGM "terkenal" pada 24 Jun 2001 bagi menyokong pembelian Nanyang Press Holdings Bhd oleh cabang pelaburan parti, Huaren Holdings Sdn Bhd.
  • Parti itu telah mengadakan EGM pada 27 Mei, 2007 untuk meminda perlembagaan parti bagi menangguhkan pemilihan parti sebelum pilihan raya umum tahun lepas dan pada 19 November 2004 untuk meluluskan pindaan perlembagaan untuk mengehadkan jumlah perwakilan pusat ke perhimpunan agung kepada 2,400.
  • Chua dalam reaksi segeranya memberitahu yang beliau akan menunggu sehingga parti menetapkan agenda sebelum memutuskan sama ada penyokongnya akan menghadiri EGM itu.
  • Pemerhati parti berkata terdapat dua kemungkinan selepas ini iaitu penyokong Dr Chua mungkin menghadiri EGM yang diarah diadakan oleh presiden atau mengadakan EGM mereka sendiri jika mereka tidak berpuas hati dengan agenda yang ditetapkan setiausaha agung parti.
Sumber: HarakahDaily
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails