
Hari ini penduduk Kg Buah Pala seperti bersedia rumah mereka dirobohkan apabila mereka menyedari usaha untuk menghalang pemaju untuk merobohkan rumah mereka adalah satu usaha yang sia-sia.
Sumber: mStar
- Beberapa jentolak akhirnya berjaya merobohkan empat buah rumah di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang.
- Bagaimanapun, penduduk Kg Buah Pala berjaya meluahkan kekecewaan mereka pada pihak pemaju, Pengarah Eksekutif Nusmetro Ventures Sdn Bhd Gary Ho untuk mengelakkan lebih banyak rumah dirobohkan.
- Anggota polis terpaksa mengiringi pekerja daripada syarikat pemaju dari rumah ke rumah untuk merobohkan rumah penduduk kampung apabila mereka menghalang traktor yang digunakan untuk merobohkan rumah daripada memasuki kampung.
- Ho berkata hanya empat rumah yang telah dirobohkan dan yang lain akan dirobohkan pada minggu hadapan.
- Dalam kejadian itu, polis telah menahan 14 orang, termasuk 3 wanita dan peguam penduduk Kg Buah Pala,Dharshan Singh.
BERIKUT adalah situasi yang berlaku ketika kerja-kerja merobohkan rumah di Kampung Buah Pala hari ini:
- 7.30 pagi: Pemuda MIC dan penduduk kampung berbaris untuk menghalang pemaju dan kontraktor memasuki Kg Buah Pala untuk merobohkan rumah mereka. Lebih daripada 20 kontraktor bersama dengan tukul besi bersiap sedia untuk masuk ke Kg Buah Pala
- 8.30 pagi: Dua balai polis bergerak dan tiga van polis tiba di Kg Buah Pala. Kerja-kerja merobohkan rumah di kampung tersebut dijadualkan berlangsung hari ini.
- 9.20 pagi: Pengerusi Penduduk Kg Buah Pala, M. Sugumaran berjumpa dengan Pengarah Eksekutif Nusmetro Venture, Thomas Chan. Dia kemudian memaklumkan kepada para pemberita bahawa dua keluarga telah bersetuju rumah mereka untuk dirobohkan setelah mereka menerima pampasan dan menyerahkan kunci rumah masing-masing kepada pihak pemaju.
- 9.30 pagi: Sugumaran berkata penduduk kampung mahu merobohkan rumah tersebut sendiri. Mereka berarak ke rumah tersebut.Penduduk kampung dan penyokong-penyokong menghalan para wartawan daripada memasuki kawasan kampung Kg Buah Pala dan berlaku sedikit pergelutan.
- 9.55 pagi: Pengarah Urusan Nusmetro, Gary Ho tiba dengan membawa kunci-kunci rumah penduduk Kg Buah Pala. Dia turut merayu kepada penduduk kampung supaya tidak melambatkan proses merobohkan rumah mereka. Penduduk kampung dan pemaju masih berdebat mengenai siapa yang harus menjalankan merobohkan dua rumah di kampung tersebut.
- 10.07 pagi: Penduduk kampung daripada rumah bernombor 467 menunjukkan kepada pihak polis satu perjanjian yang menunjukkan dia setuju dengan tindakan pemaju untuk merobohkan rumahnya. Keadaan masih lagi kabur mengenai siapa yang akan merobohkan rumah- rumah penduk Kg Buah Pala kerana pihak polis meminta para wartawan meninggalkan kawasan tersebut.
- 10.10 pagi: Beberapa traktor dilihat memasuki Kg Buah Pala untuk memulakan kerja-kerja perobohan selepas beberapa penduduk kampung bersetuju untuk pemaju bagi memberi kerjasama kepada pihak pemaju. Bagaimanapun, sebahagian penduduk yang tidak tahu mengenai perjanjian tersebut berlaku sedikit kekecohan apabila penduduk kampung cuba menghalang traktor dan jentolak itu daripada merobohkan rumah mereka. Terdapat juga beberapa orang penduduk yang cuba menyerang Beberapa juga mahu Gary Ho. Pasukan FRU cuba campur tangan untuk mengekalkan arahan yang telah diputuskan sebelum ini.
- 10.15 pagi: Polis berjaya menyelamtkan Gary Ho.
- 10.20 pagi: Polis berbincang dengan Sugumaran dan penolong setiausaha persatuan menetap Tharmaraj. Pihak polis menyeru orang-orang kampung untuk mematuhi janji mereka kepada pihak pemaju sebelum ini. Polis turut meminta Ketua Pemuda MIC T. Mohan untuk mengawal ahli-ahlinya daripada terlibat dengan pergaduhan seperti menghalang traktor dan jentolak yang digunakan untuk merobohkan kediaman penduduk Kg Buah Pala.
- 10.31 pagi: Polis bersama lima orang kontraktor yang membawa penukul besar menghampiri rumah bernombor 467 untuk merobohkannya.
- 10.36 pagi: Rumah bernombor 467 buah dipercayai akan dirobohkan kerana kedengaran bunyi jentolak dan traktor di kawasan tersebut. Para pemberita tidak dibenarkan masuk ke kampung tersebut.
- 11.20 pagi: Ketika kerja-kerja merobohkan rumah bernombor 467 berlangsung. Beberapa penduduk kampung yang bimbang rumah mereka akan dirobohkan merayu kepada Thomas Chan supaya rumah mereka tidak dirobohkan
- 12.10 tengah hari: Penduduk kampung masih lagi tidak senang duduk dan polis cuba mengawal keadaan. Mereka mula menjerit 'pemaju balik' ketika wakil mereka, pemaju, dan bailif sedang berbincang di dalam kereta polis untuk merobohkan lebih banyak rumah. Peguam yang mewakili penduduk kampung, Dharshan Singh memberitahu mereka bahawa pemaju tiada hak untuk merobohkan rumah mereka dan menyebabkan penduduk kampung bertambah marah.
- 12.20 tengah hari: Penduduk kampung melepaskan kambing-kambing mereka dan berkumpul membuat satu halangan di pintu masak sambil menjerit slogan anti-DAP. Mereka menyalahkan kerajaan negeri berikutan kerja-kerja perobohan itu.
- 12.30 tengah hari: Penduduk kampung, para penyokong dan pemuda MIC mula berkumpul membuat satu halangan terhadap pasukan petugas khas. Seorang ditangkap kerana ingkar arahan polis.
- 12.40 tengah hari: Sekurang-kurangnya 14 orang telah ditahan termasuk peguam Darshan Singh dan tiga orang wanita. Pasukan petugas khas yang mengiringin pegawai mahkamah dihalang oleh penduduk kampung.
- 12.45 tengah hari: Polis berkawal di jalan raya sementara penduduk kampung berudur ke rumah meraka.
- 12.50 tengah hari: Hujan turun dengan lebat, Ramai yang datang melihat sudah bersurai. Kebanyakkan yang tinggal adalah pihak polis dan media.
- 12.55 tengah hari: Polis dan pasukan petugas khas mengiringi pekerja-pekerja untuk memulakan kerja merobohkan, mereka menghadapi sedikit kesukaran kerana hujan yang turun.
- 12.58 tengah hari: Mereka tiba di rumah bernombor 486 dan mula merobohkannya.
- 1.03 petang hari: Hujan renyai-renyai.
- 1.20 petang hari: Pekerja meneruskan kerja merobohkan rumah bernombor 481 yang telah dikosongkan. Pemilik rumah tersebut membenarkan mereka merobohkan rumahnya tanpa sebarang halangan. Ketiga-tiga rumah itu telah dikosongkan oleh pemiliknya lebih awal. Kerja merobohkan rumah keempat bernombor 473 akan dimulakan bagaimanapun, pemilik rumah tersebut masih belum mengosongkan rumahnya.Hanya sebuah bilik yang terletak di luar rumah telah dirobohkan.
- 1.50 petang hari: Gary Ho berkata hanya empat buah rumah akan dirobohkan hari ini manakala yang selebihnya akan dirobohkan pada minggu hadapan.
- 2.20 petang hari: Pekerja-pekerja mula meninggalkan Kg Buah Pala. Hanya tiga rumah dan satu bilik bagi rumah keempat telah dirobohkan hari ini.



Post a Comment