SUARA BEBAS TUARAN

Hari mengundi DUN Bagan Pinang 11 Oktober ?


Hari mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, di Negeri Sembilan, dijangkakan pada 11 Oktober ini.
Manakala hari penamaan calonnya pula dijangka jatuhnya pada 3 Oktober ini, demikian menurut beberapa laporan Malaysiakini semalam.
  • Dua tarikh tersebut dimumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia selepas mesyuaratnya pagi semalam.
  • Mesyuarat itu bagi membincangkan persiapan pengendalian pilihan raya kerusi berkenaan di pejabat SPR di Putrajaya.
  • Hampir 14,000 pemilih berdaftar dijangka layak menentukan calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka bagi kawasan itu.
  • Pengundi Melayu membentuk 66 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar dalam DUN Bagan Pinang, manakala pengundi Cina dan India membentuk 10.5 dan 19.9 peratus.
  • Kemungkinan besar, pilihan raya kecil itu akan menyaksikan persaingan sengit antara calon Barisan Nasional (BN) dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS), termasuk 4,604 pemilih pos.
  • Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Encik Azman Mohamad Noor, 54 tahun, daripada BN yang meninggal dunia pada 4 September lalu.
  • Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, dipetik oleh laman berita mStar Online dalam satu sidang media pagi semalam, sebagai berkata, pihaknya memberi jaminan pengundian secara pos akan dilakukan dengan telus.
  • 'Tidak mungkin akan ada penipuan dalam pengundian pos memandangkan syarat-syarat ketat yang dilaksanakan semasa proses pengundian,' ujarnya.
  • Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Allahyarham Azman mengalahkan calon PAS, Encik Ramli Ismail, dengan majoriti 2,333 undi.
  • Calon BN itu mendapat 6,430 undi berbanding dengan 4,097 undi yang diraih oleh Encik Ramli.
  • Sedang BN belum secara rasmi memilih calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, bekas naib presiden Umno, Tan Sri Isa Samad, 57 tahun, dilaporkan menjadi calon favorit bagi Umno Teluk Kemang.
  • PAS pula berkata tiga nama calon telah disarankan oleh PAS Negeri Sembilan untuk pilihan raya kecil tersebut.
Sumber: Cy
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails