SUARA BEBAS TUARAN

RM60 juta sebulan subsidi untuk golongan miskin membeli beras ST15

Labels:

Kabinet telah meluluskan pelaksanaan pemberian subsidi beras Standard Tempatan dengan 15 peratus beras hancur (ST15) kepada golongan miskin dan miskin tegar melalui sistem baucar, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar.
  • Buat masa ini, katanya kerajaan membelanjakan RM60 juta sebulan sebagai subsidi bagi beras ST15 yang diberikan kepada 135 pengilang untuk mereka mengeluarkan beras gred iitu supaya mampu dibeli oleh mereka yang kurang berkemampuan.
  • Bagaimanapun, Noh berkata maklumat yang diterimanya ialah beras ST15 yang disubsidi kerajaan tidak banyak di pasaran dan mengakibatkan tidak ramai golongan yang kurang kemampuan dapat membeli beras yang dijual dengan harga RM18 bagi setiap pek 10kg.
  • Ketika ditanya kenapa keadaan itu berlaku, beliau berkata ada di antara pemborong yang menerima beras ST15 telah membungkus semula beras ST15 itu dan menjualkannya di pasaran sebagai beras Standard Malaysia dengan peratusan beras hancur 10 peratus yang dijual pada harga RM24 bagi setiap pek 10kg kerana ia lebih menguntungkan.
  • Beliau berkata ada juga pemborong atau pengilang sendiri yang membuat bihun daripada beras ST15 kerana ia adalah jauh lebih murah daripada harga beras hancur di pasaran sekarang.
  • Noh berkata diharapkan dengan pengenalan baucar itu nanti, kerajaan hanya perlu memperuntukkan RM10 juta sebulan dalam bentuk subsidi beras ST15 dan dengan itu kerajaan dapat menjimatkan RM50 juta sebulan daripada subsidi ST15.
Sumber: Utusan
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails