SUARA BEBAS TUARAN

Kerana Teman Biasa, Krisdayanti Berceri Dengan Suami

Labels:

MEREKA sering digelar pasangan romantis. Biar apa saja kontroversi yang melanda, hubungan diva popular Indonesia, Krisdayanti dan suaminya Anang Hermansyah dilihat terus utuh.
  • Bersama dua anak mereka, Titania Aurelie, 11, dan Azriel Akbar, 9, Anang dan Kris terus dianggap sebagai sebuah keluarga yang cukup lengkap tatkala nama Kris masih gah di persada hiburan.
  • Namun, perkahwinan yang dibina sejak 22 Ogos 1996 itu hancur berkecai apabila si suami dikatakan tidak tahan dengan cerita kecurangan isteri tercinta menerusi anaknya sendiri.
  • Dan kelmarin, Anang akhirnya mengaku dia sudah menceraikan Kris pada 19 Ogos lalu, tiga hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan.
  • Pendedahan Anang di hadapan media Indonesia di pejabat KD Production, Jakarta Selatan itu nyata merupakan satu berita yang cukup menggemparkan.
  • Menurut Anang, proses perceraian mereka akan diselesaikan selepas tamatnya bulan Ramadan nanti. Meskipun Anang tidak membicara lanjut tentang perceraian tersebut, namun menerusi kata-kata Anang, ia jelas menunjukkan kehadiran orang ketiga yang menyebabkan keruntuhan rumahtangga pasangan ini.
  • Malah, menerusi laporan media Indonesia sebelum ini, Kris yang pernah dikaitkan dengan beberapa nama dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan dari Timor Leste. Kris juga dikatakan sedang berada di Timor Leste, saat Anang mengeluarkan kenyataan tentang perceraian ini.
  • Lebih mengecewakan Anang, kecurangan si isteri itu berlaku di depan mata anak-anaknya yang kemudiannya mengadu kepada Anang. Antara yang didedahkan Anang, mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak hampir sebulan lalu. Malah, katanya, hasrat untuk bercerai juga akhirnya datang daripada Kris sendiri.
  • Dan menerusi laporan laman web, detikHot.com, Kris hari ini tampil berdepan dengan pihak media menjelaskan tentang perceraiannya dengan Anang yang hampir 13 tahun menjadi suaminya itu.
  • Kata Kris, dia ingin proses cerai itu diselesaikan dengan cepat dan akan mendaftarkan cerai di Pengadilan Agama.
Sumber: MStar, Indon Press
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails