SUARA BEBAS TUARAN

Khalid Tetap Teruskan Pembinaan Kuil Di Seksyen 23


Meskipun mendapat bantahan besar-besaran penduduk sehingga hampir mencetuskan pergaduhan, kerajaan Selangor telah membuat keputusan meneruskan cadangan untuk memindahkan tapak pembinaan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di negeri itu.
  • Ia berikutan kerajaan negeri telah mengenal pasti tapak baru bagi menggantikan lokasi cadangan asal pembinaan kuil yang mendapat bantahan majoriti penduduk Islam Seksyen 23.
  • Lokasi baru itu yang terletak kira-kira 100 meter dari tapak cadangan asalnya serta 400 meter dari kawasan perumahan penduduk dilihat paling sesuai dan strategik.
  • Menurut kenyataan Pejabat Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini, keputusan tersebut adalah hasil tinjauan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi ini.
  • Kenyataan itu menyebut pemilihan lokasi baru itu akan dibincangkan oleh kerajaan negeri dengan Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariaman bagi mendapatkan persetujuan semua pihak.
  • Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ahmad Mahyuddin Manaf ketika dihubungi terkejut dengan keputusan kerajaan negeri itu.
  • Beliau berkata, ini kerana Abdul Khalid ketika majlis pertemuan bersama penduduk Seksyen 23 Sabtu lalu menyatakan tidak akan menyentuh soal pembinaan kuil di Seksyen 23.
  • Katanya, keputusan itu bakal mencetuskan persoalan kepada penduduk sama lokasi baru itu berada di kawasan yang sama seperti dicadangkan sebelum ini atau sebaliknya.
  • Ahmad Mahyuddin berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapatkan pandangan penduduk terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sekiranya lokasi baru yang dicadangkan itu berhampiran kawasan perumahan penduduk.
  • Menurutnya, beliau tidak ada masalah dengan pembinaan kuil berkenaan di Seksyen 23 sekiranya lokasinya adalah jauh daripada kawasan penempatan penduduk.
Sumber: Utusan malaysia Online
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails