SUARA BEBAS TUARAN

Jasa Musa Hassan DiHargi Khidmat Dilanjutkan


Walau pun pada umum nya ada golongan yang dikatakan tidak senang dengan cadangan untuk melanjutkan perkhidmatan beliau, namun Kerajaan telah pun memutuskan untuk melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana khidmat beliau masih diperlukan untuk membantu menjalankan tugas dalam menjaga soal keselamatan negara.
  • Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Musa telah menunjukkan rekod yang cemerlang sebelum ini dalam menjalankan tugasnya sebagai Ketua Polis Negara.
  • "Di atas dasar itu kita harap beliau jalankan tugas dengan cemerlang untuk terus membantu negara dalam menjaga soal keselamatan dalam negeri," katanya.
  • Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan bersama pemimpin empat peringkat Umno Terengganu di pejabat Umno Bahagian Hulu Terengganu, di Kuala Berang di sini semalam.
  • Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam semalam mengumumkan kontrak Musa dilanjut setahun lagi sehingga 12 Sept tahun depan.
Sumber: Bernama
2 comments:

Salam sdr..

Pertama sekali saya mengucapkan ma kasih atas kesudian menjadi penenang dalam beberapa isu sensitif yg pada perkiraan suku iranun sebagai 'amat memalukan' tetapi bagi saya..sebagai tanda 'bahawa perubahan perlu dilakukan" menyelamatkan apa yg dikatakan sebagai menuju ketidaksepakatan..sekurang-kurangnya membuka minda suku ini utk memikirkannya. Sebagai org yg mengenali TSP, sdr bersifat gentelmen...dan itu saya hargainya..Ma kasih sekali lagi...

Bagi post sdr kali ini..saya lebih melihat kepada sudut yg lebih jauh..ertinya..saya tidak mempertikaikan kredibiliti TSMH, kerna itu bergantung kp penilian orang tertentu..

Apa yg saya lihat ialah kp kesan keatas kerajaan dan BN.. Isu perlanjutan Khidmat TSMH ini akan membuatkan BN dan kerajaan tidak popular di mata rakyat...

Pembangkang selama ini melabelkan TSMH sebagi seorang yg gagal memulihkan akauntibiliti kepolisan di negara ini. Rakyat bertambah tidak menghormati Pasukan seragam ini..lihat apa yg berlaku di Perak, Pulau Pinang juga di selangor. Polis dipermainkan. Kita katakan itu negeri Pembangkang..tetapi bukankah itu juga adalah rakyat yang memilihnya..?

Pendirian DSAI dlm hal TSMH ini dilihat sebagai pendirian parti PR..dan ini tentunya menimbulkan desakan agar TSMH tidak dilanjutkan. Isu ini akan terus relevan dalam PRU-13...Dan BN berhati-hati kerana dgn isu ini..mungkin akan menyaksikan beberapa negeri lagi akan jatuh ke tangan pembangkang..

Semoga sdr sukses dan berpeluang menyemarakkan lagi idea blogger di KB ini. sekian.wassalam.


Wsalam sdri Kelapa Mawar kerana sudi menzirahi dan mengulas,
Sebenar nya, saya pun tidak tahu apa kah fungsi sebenarnya saya disana..

Saya memberi ulasan selaras dengan cita rasa hati. Sesuatu yang sesuai dengan keadaan semasa.
Mungkin betul atau pun tidak, saya pun tidak tahu, namun thanks kepada atas pandangan KM terhadap sumbangan saya.

Mengenai kes TSMH, saya pun sependapat dengan KM.

Disamping kebolehan beliau berkhidmat, mungkin ada juga kumpulan atau perseorangan yang tidak puas hati.

Bagi saya itu ada lah lumrah. Kalau diganti pun pasti nya ada juga yang komplen.

So, biar lah masa yang akan jadi menentukan.

Akhir kata, semuga KM juga akan sukses dalam apa juga missi dan visi KM.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails