SUARA BEBAS TUARAN

Larangan berkumpul di bangunan SUK Perak Hari ini


Pihak polis telah dimaklumkan oleh kerajaan negeri Perak bahawa tidak ada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 2 September.
  • Oleh itu, Polis menasihati orang ramai supaya tidak berkumpul berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini bagi menghadiri "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak" yang kononnya akan berlangsung di situ, esok.
  • Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata polis hari ini memperoleh perintah mahkamah mengikut Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah melarang orang ramai hadir atau berada dalam lingkungan 30 meter dari pagar bangunan berkenaan mulai 1 pagi 2 September hingga 11 malam 3 September.
  • Zulkfili berkata, Speaker DUN Perak, Datuk R Ganesan, juga telah membuat kenyataan bahawa tidak ada persidangan dewan pada tarikh itu.
  • Ganesan juga meminta semua Adun supaya mengabaikan notis berkenaan kerana ia dikeluarkan sumber tidak sah.
  • Adun pembangkang daripada Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah mencuba mengadakan persidangan DUN Perak pada 3 Mac lalu tetapi tidak dibenarkan masuk ke dewan dan akhirnya 28 Adun berkenaan mengadakan persidangan di kawasan lapang berhampiran dan episod itu dikenali sebagai "Sidang DUN bawah pokok".
  • Sementara itu, tinjauan di sekitar bangunan Perak Darul Ridzuan mendapati keadaan seperti biasa dan ibu pejabat Pas dan DAP yang terletak di Medan Istana berhampiran juga kelihatan lengang.
Sumber: Bernama
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails