SUARA BEBAS TUARAN

Lautan Coklat Di Manila


Sekurang-kurang 106 orang terkorban, 23 lagi hilang, manakala 330,000 lagi terpaksa dipindahkan ekoran daripada hujan lebat dan banjir besar menyusuli Taufan Ketsana (atau Taufan Ondoy) di pulau Luzon, menurut para pegawai semalam.
  • Manila merayu bantuan antarabangsa untuk menyelamatkan mereka yang terkandas, dan memohon maaf di atas kelambatan operasi menyelamat dalam banjir terburuk dalam masa empat dekad.
  • Hujan selama sembilan jam kelmarin menukar ibu kota Manila menjadi lautan berwarna coklat, jalan raya menjadi sungai, banyak rumah tenggelam, sesetengahnya di hanyutkan arus, apabila banjir di sesetengah tempat mencapai ketinggian lebih enam meter.
  • Penduduk yang terkandas mencari perlindungan di bumbung rumah atau kereta sementara menunggu kedatangan para penyelamat.
  • Di tempat lain, penduduk yang tidak sabar menunggu untuk diselamatkan, meredah banjir sambil menggendung anak dan barangan lain di bahu atau kepala mereka.
  • 'Kami tak ada pilihan lain kecuali meredah banjir ini. Kami tidak boleh menunggu pekerja penyelamat,' kata pegawai bank, Cik Rachelle Solis, 35 tahun, yang hampir hanyut ketika menjemput dua anaknya dari pusat jagaan siang apabila air banjir sudah setinggi satu meter.
  • Di sana sini bangkai anjing dan ayam terapung di permukaan air sewaktu pekerja penyelamat mengemudi bot untuk mengelak timbunan sampah yang tersangkut.
  • Operasi menyelamat menyaksikan helikopter tentera dan bot getah berkejar ke serata Manila untuk menyelamatkan penduduk yang berada di bumbung rumah dan kereta.
  • Tentera Amerika Syarikat turut menyumbang sebuah helikopter dan enam bot dalam operasi menyelamat.
  • Presiden Gloria Arroyo, yang menggesa rakyat Filipina supaya bertenang, mengarahkan semua kerja menyelamat diselesaikan menjelang tengah malam tadi.
Sumber: AP, AFP, Reuters.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails