SUARA BEBAS TUARAN

MIC Bakal Pecat Subramaniam?


Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang bermesyuarat pagi tadi memutuskan untuk merujuk Subramaniam, bekas timbalan menteri dan 'musuh tradisi' Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, kepada Jawatankuasa Disiplin.
  • Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam bakal berhadapan dengan tindakan dipecat daripada MIC.
  • Surat tunjuk sebab kemungkinan akan dikeluarkan minggu depan selepas pemilihan Sabtu ini.
  • Ketika mengumumkan keputusan itu di sini tengah hari tadi, Samy Vellu berkata, parti akan mengambil tindakan disiplin ke atas Subramaniam dan tindakan undang-undang terhadap bekas Naib Presiden MIC, Datuk V. Govindaraj berhubung laporan media bahawa pemimpin itu memenangi pemilihan Timbalan Presiden MIC pada 1977 dengan taktik kotor. Samy Vellu menewaskan Subramaniam dengan perbezaan 26 undi.
  • Govindaraj mendakwa beliau telah membawa 30 undi dalam poketnya ke bilik pengiraan undi, yang akhirnya membantu kemenangan Samy Vellu.
  • Subramaniam pula membuat kenyataan menyedari dakwaan tersebut.
  • Dua tahun kemudian Samy Vellu memangku jawatan Presidan ekoran kematian penyandang jawatan itu, Tan Sri V. Manickavasagam dan menerajui MIC sehingga kini.
  • Dakwaan itu disiarkan oleh akhbar Malay Mail semalam. Samy Vellu juga telah menyangkal laporan tersebut semalam.
Sumber: Malay Mail
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails