SUARA BEBAS TUARAN

Najib Serah kepada kerajaan Negeri Pahang Laksana Hukuman Sebat Terhadap Kartika


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, pihaknya menyerahkan kepada kerajaan Pahang untuk melaksanakan hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.
  • Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, Presiden Umno itu bagaimanapun berkata ini tidak bermakna Umno tidak prihatin terhadap kes tersebut.
  • "Perlembagaan itu di bawah undang-undang mahkamah syariah iaitu di bawah bidang kuasa negeri. Jadi kita serah pada negeri untuk menentukannya," katanya ketika mengulas dakwaan pembangkang bahawa Umno tidak mengambil berat terhadap kes Kartika itu.
  • Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Manan Abdul Rahman dilaporkan berkata pihaknya bersedia meneruskan hukuman itu selepas Hari Raya Aidilfitri ini, setelah ditangguhkan kerana 'menghormati Ramadan'.
  • Katanya, pelaksanaan hukuman itu bagaimanapun bergantung kepada semakan Panel Rayuan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, dan keputusan semakan itu akan diumumkan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman.
  • Pada 20 Julai lepas, Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating.
Sumber: BERNAMA
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails