SUARA BEBAS TUARAN

Orang Samy Menang Besar-Subramaniam Gagal Lagi

Labels:

Penyandang jawatan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel berjaya mengekalkan jawatan tersebut dengan menewaskan dua pencabarnya, Datuk S Subramaniam dan Datuk S Sothinathan.
  • Beliau mendapat 629 undi manakala Datuk S Subramaniam (547 undi) dan Datuk S Sothinathan 280 undi. Palanivel menang dengan majoriti tipis 82 undi.
  • Tiga calon naib presiden yang disokong oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu turut terpilih.
  • Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam mendapat undi tertinggi dengan 1,260 undi, manakala timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk SK Devamany ditempat kedua dengan 1,122 undi dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan (1,030 undi).
  • Manakala senarai calon jawatankuasa kerja pusat (CWC) yang disokong Presiden Datuk Seri S Samy Vellu juga turut menang.
  • Sementara itu, Sothinathan berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh 1,469 perwakilan yang mengundi hari ini.
  • Manakala Datuk S.Subramaniam, yang gagal lagi dapat percubaannya merebut jawatan timbalan presiden berkata, walaupun sedih, beliau menerima keputusan perwakilan hari ini.
  • Menurutnya, perwakilan gagal memahami nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat tahunan MIC pagi tadi.
  • Beliau, ketika menerima kekalahannya dalam percubaan untuk merebut kembali jawatan timbalan presiden MIC, mendakwa politik wang sebagai penyebab utama kekalahannya.
  • Beliau berkata wang diedarkan secara terbuka kepada perwakilan, minimum RM300 kepada setiap wakil.
Sumber:Bernama
3 comments:

Si Sammy ini ada hati mahu jadi PM tapi lupa dia kalah teruk di Sungai Siput. Dengar-dengar MIC nak melobi kerusi di Sabah sebab negeri kita kononnya kubu baru BN. Untuk dapat kerusi mudah lah tu. Saya fikir parti itu tidak dapat kerusi sebaliknya calonnya akan dibaling kerusi.


Saperti biasa terima kasih kerana melawat dan memberi komen.
Namun, saya tiada response kerana ini ada lah pandangan peribadi sdra.

Pakkaramu,
Thanks for visiting. You are always welcome.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails