
Penduduk Kampung Dundau (sejauh lebih kurang 2 km dari Pekan Kota Belud )terpaksa bergantung terhadap sumber air telaga selama lebih setahun setelah bekalan air dipotong oleh pihak yang bertanggungjawab.
Menurut pengadu ketika menghubungi ActionLine, beliau tidak pasti apa yang sedang berlaku namun suatu yang pasti para penduduk menjalani hidup yang kurang selesa berikutan ketiadaan bekalan air bersih.
Sumber: NST
Menurut pengadu ketika menghubungi ActionLine, beliau tidak pasti apa yang sedang berlaku namun suatu yang pasti para penduduk menjalani hidup yang kurang selesa berikutan ketiadaan bekalan air bersih.
- “Kami sebagai penduduk telah meminta bantuan dengan JKKK dan Ketua Kampung supaya memanjangkan perkara ini kepada pihak-pihak yang tertentu supaya masalah ini dapat diatasi segera. Namun hingga kini kami masih bergantung dengan sumber air telaga,” adunya.
- “Saya tidak tahu hendak mengadu dengan siapa lagi. Jadi saya berharap ActionLine dapat panjangkan hal ini kepada pihak yang berkaitan. Saya tidak mahu menunding jari, saya cuma mahu hal ini diatasi dan diselesaikan segera,” jelasnya.
- Jurucakap bagi jabatan Air kota Belud mengakui sedia maklum akan permasalahan tersebut.
- Katanya, “memang benar perkara ini telah lama berlaku dan pihak kami telah membuat pemotongan bekalan air.
- Sebenarnya, majoriti penduduk di kampung tersebut tidak mempunyai akaun air. Kami telah meminta kerjasama daripada penduduk untuk membuat permohonan bekalan air secara sah namun para penduduk masih belum tampil membuat permohonan tersebut”.
- “Justeru, pihak kami tidak mempunyai pilihan selain memotong bekalan air tersebut. Walau bagaimanapun pihak kami sentiasa mengalu-alukan permohonan bekalan air oleh penduduk di kampung tersebut,” katanya lagi.
- “Penduduk mempunyai pilihan sama ada datang secara individu ataupun meminta bantuan daripada JKKK untuk memanjangkan permohonan kepada pihak kami. Cara paling mudah ialah individu ataupun wakil penduduk hanya perlu datang ke pejabat kami dan berurusan di kaunter,” jelasnya.
- Tambahnya lagi, “jika perkara ini mendapat kerjasama daripada semua pihak, rasanya masalah ini akan lebih cepat selesai.”



Post a Comment