
Baru-baru in pemberita dari cyberita telah meninjau situasi di Singapura ketika bulan ramadan ini. Apa yang beliau lihat , ia lah Kebanjiran pengemis asing di sana. Menurut punca, ia nya berlaku disebabkan kemurahan hati penduduk Singapura yang mudah memberi wang kepada pengemis, baik dari dalam mahupun luar negara itu.
- Ada melakukannya sendirian dan ada pula secara berkumpulan. Yang buta pula menggunakan 'tekong' untuk memandu jalan.
- Ada yang semasa ditemui tidak segan silu menunjukkan wang kertas setebal lima sentimeter yang telah diterima hasil 'kerja keras' mengemis dua hingga tiga jam sehari.
- Itulah antara gelagat pengemis asing di sekitar kawasan Geylang Serai dan Masjid Sultan selama tiga hari barubaru ini.
- Ini diakui sendiri oleh beberapa pengemis yang ditemui. Tinjauan akhbar ini mendapati rata-rata orang ramai memberi wang kertas $2 atau lebihan duit syiling.
- Kebanyakan pengemis lelaki warga asing berumur 30-an hingga lewat 40-an tahun, datang dari rantau Asia Selatan dan memakai baju lengan panjang atau ghamis, berseluar panjang dan berkopiah.
- Ada daripada mereka berpakaian selekeh, membawa tongkat atau beg plastik 'pasar' merah mengandungi pakaian atau membawa bungkusan makanan dan air botol untuk mengelabui mata orang ramai demi menagih simpati.
- Pengemis wanita pula, berusia lewat 30-an hingga awal 50-an tahun dan dipercayai datang dari Malaysia dan Indonesia. Ini dapat dipastikan setelah mendengar perbualan mereka dalam bahasa Melayu yang pekat dengan loghat daerah masing-masing.
- Seperti pengemis lelaki, mereka berpakaian selekeh, dengan baju dan tudung tidak sepadan warna.
- Ada daripada mereka membawa anak sebagai helah untuk meningkatkan simpati orang ramai.
- Malah, ada pengemis wanita ini didapati cukup masak dengan selok-belok kawasan tempat mereka mengemis - wartawan terdengar perbualan mereka membincangkan kawasan yang ingin mereka tuju selepas selesai mengemis di satu-satu tempat.
- Merumuskan kebanjiran pengemis asing di sini, Encik Razak, seorang Penduduk Tetap (PR) asal Iran, yang menjual permaidani di bazar Geylang Serai, berkata kebanyakan pengemis asing ini 'penipu'.
- 'Saya lihat pengemis asing dari Asia Selatan ini rata-rata sihat dan tegap dan seharusnya bekerja. Kelihatannya mereka malas dan ambil jalan mudah untuk mendapatkan wang,' kata Encik Razak, 48 tahun.



Post a Comment