SUARA BEBAS TUARAN

Pergerakan Wanita Umno Mahu Calon Wanita Tanding DUN Bagan Pinang


Naib Ketuanya Datuk Kamelia Ibrahim meminta pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) menimbang untuk meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
  • berkata calon wanita perlu diberi peluang selepas kesemua pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum lepas menampilkan calon lelaki.
  • Kamelia berkata pemilihan calon daripada kalangan wanita juga selari dengan perjuangan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam menempatkan 30 peratus golongan wanita sebagai pembuat keputusan.
  • Malah, katanya terdapat ramai pemimpin wanita di peringkat negeri dan bahagian di Negeri Sembilan yang berwibawa dan layak bertanding bagi kerusi itu.
  • Kalau diberi peluang, saya pasti kita boleh cari calon wanita yang berwibawa, pasti ada,katanya.
  • Mengenai persiapan jentera pergerakan itu, Kamelia berkata Wanita Umno akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi menyusun strategi baru dalam mengekalkan kerusi DUN berkenaan.
  • Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor pada Jumaat lepas di Hospital Pakar Seremban akibat jangkitan dalam darah. Azman, 54, yang juga Naib Ketua Umno bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.
Sumber: BERNAMA
2 comments:

Akum Sdr.Solymone..

Nampak segak gambar baru sdr tu..

Saya bersetuju kalau calon BN kali ini dari kaum wanita..kerana selama ini wanita jarang mendapat tempat dalam PRK..walaupun ada tapi masih kecil bilangannya..cuma yang menjadi persoalannya ialah bolehkah rakyat di kwsn berkenaan boleh menerima terutama pemimpin sedia ada yang mula mengintai peluang?

Jangan pula bila kalah nanti jadi alasan. Pilih calon pun pilihlah yg bersih danditerima. Jangan seperti yg berlaku di Permatang Pasir....


Wsalam sdra Paling Berani,
Saya juga setuju, sudah tiba masa nya UBN mencoba wanita.
Pasti nya ada perubahan dari kontek kempen dan strategi bilamana wanita yang menjadi calon.
Kalah atau menang itu, biar lah diletakkan pada rezki.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails