SUARA BEBAS TUARAN

Peserta Demonstrasi Kepala Lembu Akan Didakwa

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, terdapat bukti yang cukup untuk mendakwa mereka yang menyertai demonstrasi kepala lembu di Shah Alam, baru-baru ini.
  • "Saya telah membuat keputusan untuk mendakwa mereka yang membawa dan bercakap sambil memijak kepala lembu di bawah Seksyen 4 (1), Akta Hasutan dan Seksyen 298, Kanun Keseksaaan."Mereka dan juga peserta demonstrasi lain akan menghadapi tuduhan lain di bawah Seksyen 27 (5), Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan haram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  • Abdul Gani berkata, pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung perkara itu kepada beliau sendiri tengah hari tadi dan beliau berpuas hati, berdasarkan fakta dan bukti yang dikumpulkan pihak polis, peserta demonstrasi tersebut perlu dihadapkan ke mahkamah.
  • Penduduk Seksyen 23 di Shah Alam telah mengadakan demonstrasi baru-baru ini berikutan keputusan kerajaan Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat untuk memindahkan kuil berusia 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang majoritinya adalah kaum Melayu.
  • Semasa demonstrasi itu, salah seorang daripada mereka telah membawa dan memijak kepala lembu.
  • Hari ini, kerajaan negeri memberitahu, tapak alternatif bagi pemindahan kuil tersebut telah pun dikenal pasti.
  • Tindakan yang dilakukan ketika demonstrasi itu telah mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk orang awam kerana disifatkan menghina sensitiviti agama.
  • Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menentukan sekiranya tindakan itu menyalahi undang-undang.
Sumber:mStar
Baca firdausirosli.wordpress untuk rujukan
2 comments:

Dulu saya pernah mendengar istilah potong bawang yang merujuk kepada kubah masjid... kenapa pula tiada tindakan?


Salam sdra Azrone,
saperti sdra, saya pun tidak faham juga cerita disebalik tragedi ini.
Walau macam mana pun thanks kerana melawat dan bagi komen.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails