SUARA BEBAS TUARAN

Rakyat Malaysia Di Jakarta Diancam Dengan Buluh Runcing?


Jabatan Penuntut Malaysia di sini hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.
  • Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
  • Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.
  • Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.
  • Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.
  • Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.
  • Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.
  • Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.
  • Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah “mencuri” tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”.
    Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.
Sumber: Utusan
5 comments:

Dua negara serumpun dan bersaudara yang sering dilanda sengketa seperti dua etnik bersaudara di kota belud.


Salam sdr Solymone..

Saya merasakan ulasan sdr Azrone penuh dengan prejudis...tidak mewakili apa yg sebenarnya..Saya mempunyai dua darah dari etnik yang berbeza..dan saya tidak nampak apa yg diperkatakan itu..


Wsalam sdra Paling Berani,
Sabar dan bawah bertenang. Bagi saya, komen sdra Azrone maseh lagi dalam level tersurat..belum lagi kita tahu apa sebenar nya yang tersirat dalam sanubari beliau.

Dalam beberapa hal, kita masing-masing mempunyai cita rasa..Walau macam mana pun terpulang lah pada sdra Azrone sama ada beliau mahu 'elaborate' selanjut nya atau pun tidak.

Salam jua untuk kamu; Dua teman seperjuangan blogger saya yang perihatin selama ini.
Selamat berpuasa dan semuga kalian sukses


Salam sdr solymone..

saya merasakan bahawa posting sdr kali ini menimbulkan kegusaran dalam hati masyarakat Malaysia..dan saya sendiri mula resah kerana adik saya ada di Bandung kerana melanjutkan pelajaran..

walau bagaimanpun..saya juga merasakan bahawa isu ini akan menjadi isu antara dua buah negara berjiran...mungkin salah faham terhadap maklumat yang diputarbelitkan...moga dapat diselesaikan atas dasar serumpun dan negara berjiran..

Masih ingat lagi waktu konfrantasi Indonesia dulu....kita menghadapi masalah keselamatan yang meruncing...tapi rasanya tidak sampaike situ..Insayallah..

Buat sdr azrone dan palingberani...bawa bersabar,mungkin sdr azrone tidak bermaksud demikian..salam ramadansemoga kalian sukses selalu.

Buat sdr Solymone...ma kasih sekali lagi atas kesudian memberikan pandangan di blog saya. Sdr amat diperlukan..semoga sukses.


Sekali lagi wsalam untuk mu Kelapa Mawar,
Kes ini, memang merunsing kan, apa lagi saperti KM yang ada adik disana? Ini pasti nya kes besar..
However, kita sama-sama mendoakan agar semua nya berjalan dengan baik.

Soal penyelesaian; saya percaya kedua-dua Negara akan dapat uruskan.
Disamping itu, rasa nya sudah tiba masa nya untuk Msia mencari tempat persekolahan tinggi yang lebih damai.

Teringat pula kes 'Indian Students' di Australia yang menghadapi nasib yang sama.
Thanks, semuga sukses


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails