SUARA BEBAS TUARAN

Rumah Pengerusi DAP Sarawak Dibaling Bahan Letupan

Labels:

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng dikejutkan dengan penemuan bahan letupan bunga api yang gagal meletup yang ditemui di perkarangan rumahnya kira-kira pukul 7 pagi tadi.
  • "Bahan yang ditemui itu mampu menghasilkan letupan yang kuat dan memekakkan telinga, malah lebih berbahaya daripada bom botol (molotov cocktail)," katanya kepada pemberita di rumahnya di Jalan Ipoh di sini.
  • Wong yang juga seorang peguam dan anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek berkata beliau telah membuat laporan polis mengenai perkara itu.
  • "Saya tidak pernah menyangka saya menjadi sasaran sebegini. Polis ada bertanyakan sama ada saya ada musuh, secara jujur adalah mustahil bagi seorang ahli politik tidak mempunyai musuh politik," katanya.
  • Beliau percaya bahan letupan itu dilempar ke perkarangan rumahnya selepas pukul 1 pagi kerana beliau tidak melihat apaapa sebaik pulang daripada menghadiri satu majlis kira-kira pukul 12 tengah malam.
  • Beliau berkata ini bukan kejadian pertama ahli politik DAP di negeri itu menjadi sasaran sedemikian.
  • Baru-baru ini bom botol telah dilempar ke perkarangan rumah anggota Parlimen Bandar Kuching dari DAP, Chong Chieng Jen.
Sumber: BERNAMA
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails