SUARA BEBAS TUARAN

Samy Menjadi Liabiliti Kepada MIC, Perlu Berundur

Labels:
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berpendapat bahawa punca utama masyarakat India menolak MIC dan BN adalah kerana menolak kepimpinan Samy Vellu.
Ini kerana, tindakan berterusan beliau mahu mengekalkan penguasaan bukan sahaja boleh menjadi liabiliti kepada MIC tetapi turut menjejaskan kredibiliti Barisan Nasional (BN).
Dengan itu, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu perlu berundur secara terhormat daripada terus kekal menerajui parti itu dan dengan penuh bertanggungjawab membiarkan ahli peringkat akar umbi memilih pemimpin terbaik secara demokrasi.
Seterus nya menurut Suvamuugan, Samy Vellu tidak sepatutnya menyalahgunakan kuasa untuk mengekalkan pengaruh tanpa mengambil kira pengajaran yang ditunjukkan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Keadaan itu, katanya, telah menyebabkan masyarakat India seperti dalam keadaan tiada hala tuju kerana pemimpin mereka masih tidak berubah dan kekal berada pada takuk lama.
Sivamurugan berkata, protes terhadap Samy Vellu telah menyebabkan masyarakat India berpecah teruk dengan menyertai lebih 10 buah parti dan kumpulan seperti Gerakan, Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Progresif India (IPF), Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Makkal Sakti Malaysia dan kelab penyokong Pas serta pertubuhan haram Hindraf.
Sumber: Utusan
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails