SUARA BEBAS TUARAN

Samy Vellu Patutnya Cuti 20 Tahun ?

Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Presiden Kongres India Malaysia (MIC), Datuk Seri S. Samy Vellu, patut memanjangkan cutinya itu sehingga 20 tahun dan bukan cuma dua bulan bagi membolehkan timbalan beliau, Datuk G. Palanivel, menjalankan tugas itu.
  • Menurut Tun Mahathir, Datuk Seri Samy Vellu sepatutnya sambung cuti se hingga 20 tahun lagi. Dua bulan itu tak cukup.
  • Dr Mahathir berkata begitu semasa mengulas laporan bahawa Datuk Seri Samy Vellu akan bercuti selama dua bulan daripada bertugas sebagai Presiden MIC.
  • Ia ekoran desakan pelbagai pihak supaya Datuk Samy Vellu menimbang semula pelan persaraannya.
  • Dr Mahathir berkata Datuk Seri Samy Vellu sepatutnya tidak lagi memegang jawatan nombor satu dalam parti itu.
  • Menurut beliau, Datuk Seri Samy Vellu telah terlalu lama menjadi Presiden MIC. Tindakannya tidak mahu melepaskan jawatan hanya akan menimbulkan kebencian ramai orang.
  • Dia tak boleh dah duduk situ. Dah 30 tahun. Dia lebih lama daripada saya. Saya 22 tahun pun sanggup letak jawatan, tegas Dr Mahathir.
  • 'Masa saya letak jawatan, bukannya orang benci sangat. Tapi saya masih letak jawatan. Ini dia lagi duduk situ, lagi orang benci,' jelas beliau.
  • Dr Mahathir menyifatkan penubuhan Parti Makkal Sakthi sebagai langkah terbaik bagi memastikan sokongan kaum India terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat diraih semula.
  • Menurutnya, parti itu mampu menjadi pengganti kepada MIC yang semakin kehilangan pengaruh di kalangan kaum India di Malaysia.
  • 'Saya lihat banyak sokongan terhadap penubuhannya. Saya rasa ia sesuatu yang bagus kerana kita tidak mahu kehilangan sokongan kaum India,' kata beliau seperti ditukil akhbar Sunday Star semalam selepas mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan di sini, semalam.
  • Kelmarin, Presiden Makkal Sakthi, Encik R.S.Thanenthiran, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka melancarkan penubuhan parti itu pada 10 Oktober ini.
  • Menurut Encik Thanenthiran sekitar 50,000 orang sudah mendaftar jadi ahli.
  • Makkal Sakhti ialah serpihan pertubuhan haram Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), malah Encik Thanenthiran sendiri pernah menjadi penyelaras pergerakan itu.
Sumber: Cy Online
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails