SUARA BEBAS TUARAN

Singapura Bebas 3 Tahanan ISA

Labels:

Tiga warga Singapura yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam rangkaian pengganas Jemaah Islamiyah (JI) dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah dibebaskan.
  • Satu kenyataan akhbar Kementerian Dalam Negeri (MHA) semalam berkata Mohammad Sharif Rahmat telah dibebaskan dan kini diletakkan di bawah perintah sekatan (RO) setelah tempoh perintah tahanan (OD) tamat pada 5 Ogos lalu.
  • Seorang lagi anggota JI, Simon Sabtu, dan anggota MILF, Husin Abdul Aziz, dibebaskan dengan perintah penggantungan (SD) kelmarin.
  • Sharif, yang ditahan pada Ogos 2005 menyusuli penglibatannya dalam JI, pernah melibatkan diri dengan latihan fizikal JI.
  • Dia juga pernah mengikuti latihan ketenteraan dengan sebuah kumpulan militan di Pakistan, Laskare-Tayyiba (LeT), sebagai persiapan bagi suatu konflik bersenjata.
  • Simon dan Husin ditahan pada Ogos 2002.
  • Simon, seorang anggota mapan JI, pernah melaksanakan latihan separa tentera untuk anggota JI dan melakukan aktiviti pengintipan bagi memudahkan JI melakukan serangan pengganas ke atas Singapura.
  • Husin pula pernah secara aktif memberikan sokongan kewangan dan logistik kepada MILF dan telah menerima latihan ketenteraan bersama MILF di Mindanao.
  • MHA berkata sejak ditahan, ketiga-tiga tahanan itu telah bekerjasama dengan pihak penyiasat dan telah menunjukkan perkembangaan positif yang ketara dalam menjalani pemulihan semula.
  • Dengan demikian, mereka kini dinilai sebagai tidak lagi menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara, ujar MHA.
Sumber: Cy Online
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails