SUARA BEBAS TUARAN

Undi Pos Tetap Diguna, SPR tak Risau Jika Pakatan Saman


Undi pos akan tetap dilaksanakan ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan terserah kepada mana-mana pihak jika mahu mengambil tindakan mahkamah mempertikaikan kaedah itu, tegas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
  • SPR akan tetap melaksanakan pengundian pos. Anggota tentera dan pasangan mereka berhak untuk mengundi secara pos.
  • Di bawah undang-undang, pengundi-pengundi ini dikategorikan sebagai pengundi yang tidak dapat hadir pada hari pengundian seperti biasa.
  • Hak ini diberikan di bawah undang-undang. SPR hanya melaksanakan undang-undang ini," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang turut mengesahkan pihaknya akan memperjelaskan perkara ini kepada wakil-wakil PAS mengenai sistem pengundian pos, Isnin ini.
  • Wan Ahmad yang dihubungi mStar Online mengulas kenyataan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Yusmadi Yusof bahawa beliau akan membawa isu itu ke mahkamah jika pengundi pos, khususnya dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang tidak diberi pilihan untuk mengundi secara biasa atau secara pos.
  • Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang memberitahu, dengan mengenakan undi pos ke atas warga dan kelompok tertentu tanpa alasan yang munasabah di bawah Perlembagaan Persekutuan, tindakan itu akan menyebabkan diskriminasi terhadap mereka.
  • Dalam hal ini, kata Yusmadi, beliau yakin ramai di kalangan warga dan kelompok tersebut seperti tentera dan polis yang tahu akan hak mereka, mahu menunaikan tanggungjawab mengundi seperti mana warga yang lain tanpa sebarang diskriminasi.
Sumber: mStar
1 comments:

saya sangat2 setuju terhadap pendapat peguam muda kita, yusmadi yusoff mahu membawa perkara ini ke mahkamah. ini salh satu strategi bn mahu menang. sampai bila bn mahu tipu rakyat. rakyat dah fed up.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails