SUARA BEBAS TUARAN

Untuk Rebut Jawatan TP, Subra Di Dakwa Guna Pengaruh Tun Mahathir ?


Samy Vellu berkata, Subramaniam telah memalukan MIC kerana terpaksa bergantung pada sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat kenyataan seolah-olah menyokong usaha calon Timbalan Presiden itu.
  • Subramaniam bersaing dengan calon direstui Samy Vellu, Datuk G. Palanivel dan Naib Presiden Datuk S. Sothinathan untuk mendapatkan semula kerusi itu.
  • Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Samy Vellu mendakwa Subramaniam seolah-olah terdesak sehingga sanggup mengheret Dr. Mahathir mencampuri urusan pemilihan kali ini.
  • Sehubungan itu, Samy Vellu menyifatkan tindakan Subramaniam itu menunjukkan beliau sudah kehilangan sokongan dalam MIC dan terpaksa bergantung pada sokongan pihak luar.
  • Katanya, beliau sedih dan amat marah dengan tindakan Subramaniam itu khususnya ketika parti sedang melalui satu pemilihan yang sangat penting.
  • Malah, Dr. Mahathir pernah mengatakan Barisan Nasional (BN) tidak boleh mencampuri urusan dalaman parti komponen dengan merujuk isu MCA baru-baru ini.
  • Laporan itu yang memetik temu bual dengan Dr. Mahathir berkata, perwakilan harus mengetepikan pengaruh Samy Vellu dengan memilih pemimpin terbaik bagi MIC.
  • Akhbar itu adalah milik Subramaniam.
  • Katanya, MIC menjalankan pemilihan menerusi proses demokrasi bagi membolehkan perwakilannya memilih pemimpin mereka, bukannya ia berhadapan dengan masalah sehingga memerlukan sokongan pihak luar.
  • Tambah Samy Vellu, Subramaniam dan kroninya kini menggunakan Dr. Mahathir, bekas Pengerusi BN untuk kepentingan diri mereka.
Sumber: mStar
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails