SUARA BEBAS TUARAN

30 Keluarga Melayu Singapura Dapat Perlindungan Sementara 'New Hope'


LEBIH dua bulan lalu, rumah bagi Cik Fauziah sekeluarga adalah kolong blok dan khemah yang dipasang di tepi pantai.
  • Cik Fauziah (bukan nama sebenar), suami dan tiga anaknya hilang tempat berteduh apabila perniagaan makanan mereka di Johor Bahru lingkup ekoran dikatakan ditipu rakan kongsi, menyebabkan mereka kembali ke Singapura sehelai sepinggang.
  • Flat mereka di Sembawang pula telah dijual pada 2007, sebelum menggunakan hasil flat membuka perniagaan tersebut.
  • 'Hidup saya berubah secara mendadak. Memang mengejutkan. Namun saya reda. Banyak yang telah saya usahakan untuk dapatkan flat tapi tidak berjaya,' jelas Cik Fauziah, 38 tahun.
  • Mujur, beliau dirujuk pegawai sosial di Pusat Khidmat Keluarga (FSC) ke Khidmat Masyarakat New Hope, yang memberikan beliau tempat tinggal sementara dengan bayaran hanya $150 sebulan.
  • 'New Hope memberikan saya peluang membina kehidupan saya sekeluarga tanpa memisahkan kami anak-beranak,' jelas ibu anak berusia antara 11 dengan 15 tahun.
  • Keluarga Cik Fauziah adalah antara 30 keluarga Melayu atau 70 peratus daripada keluarga yang kini diberikan perlindungan sementara oleh badan kebajikan New Hope bagi memboleh mereka merancang semula haluan hidup masing-masing.
  • Meskipun ditubuhkan berlandaskan agama Kristian, bantuan yang dihulurkan New Hope menjangkau seluruh lapisan masyarakat Singapura.
  • Cik Fauziah ditemui di majlis pelancaran pasukan bola sepak Team Hope, sebuah projek yang diilhamkan New Hope dari Piala Dunia Orang-Orang Tanpa Tempat Berteduh di Stadium Woodlands, semalam.
  • Pengasas New Hope, Pastor Andrew Khoo, berkata tujuan utama mereka ialah untuk memberi individu dan keluarga susah tempat berteduh tanpa mengira bangsa atau agama, sementara mereka memperkukuhkan diri mereka dengan mendapatkan pekerjaan atau tempat tinggal sendiri.
  • 'Kami tidak menyebarkan fahaman kami dan kami tidak menerapkan nilai-nilai agama kami,' jelas Pastor Khoo.
  • Acara pelancaran itu dimulakan dengan perlawanan persahabatan antara penerima bantuan New Hope dengan artis-artis Melayu setempat.
  • Suami Cik Fauziah berusia 42 tahun, adalah pemain pertahanan pasukan tersebut.
  • Menurut Pastor Khoo lagi, semasa dimulakan pada 2007, sembilan keluarga yang dibantu merupakan keluarga Melayu dan jumlahnya meningkat hujung tahun lalu ekoran krisis kewangan.
  • Kini New Hope mempunyai 35 keluarga dalam senarai menunggu. Ia nya mempunyai 18 apartmen di serata Singapura bagi menampung 42 keluarga.
  • Disamping itu, Ia juga mempunyai dua banglo di Sembawang Park untuk Rumah Tumpangan Lelaki kendaliannya.
  • Secara purata setiap keluarga tinggal selama enam bulan sebelum dapat rumah tetap.
  • Mengalu-alukan usaha New Hope yang berjaya membantu masyarakat berbilang bangsa dan agama dan mendapatkan sokongan sukarelawan dari semua lapisan masyarakat, termasuk warga asing, Encik Shanmugam berkata tempat perlindungan sementara itu membantu keluarga susah membina semula kehidupan mereka.
  • 'Bagi mereka yang tinggal di kolong blok dan di taman, jika mereka benar-benar mahu, mereka boleh berjumpa AP mereka dan mereka boleh dapatkan rumah,' kata Encik Shanmugam.
Sumber: CyBerita
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails