
PELIK TAPI BENAR: Inilah sebahagian daripada sudu dan garpu yang dikeluarkan daripada perut Cik Daalman. Sebelum pembedahan dijalankan, imej X-ray menunjukkan sudu dan garpu yang terdapat di dalam perut wanita berusia 52 tahun itu.
ROTTERDAM: Apabila Cik Margaret Daalman datang ke hospital mengadu perutnya berasa sakit, imej daripada X-ray dengan mudah memberikan jawapannya.
Sumber: Agensi.
- Doktor di sebuah hospital di Sittard terkejut melihat terdapat 78 batang sudu dan garpu pelbagai saiz di dalam perut wanita berusia 52 tahun itu.
- Cik Daalman segera dibedah bagi membolehkan objek-objek berkenaan dikeluarkan.
- 'Beliau mengalami keinginan pelik setiap kali menghadap makanan kerana nalurinya tertumpu kepada sudu dan garpu berbanding makanan,' kata seorang pakar perubatan.
- Imej pada perut Cik Daalman itu dirakamkan kira-kira 30 tahun lalu tetapi hanya diterbitkan kali pertama dalam sebuah majalah perubatan di Belanda kelmarin.
- Sebelum dibedah, setiausaha ejen harta- nah tempatan itu berkata beliau sendiri tidak tahu mengapa nalurinya terdesak menelan objek yang diperbuat daripada perak.
- 'Saya tidak dapat mengawal diri,' kata beliau.
- Pemeriksaan juga mendapati bahawa pembedahan di hospital di Sittard itu bukanlah kali pertama dilalui Cik Daalman.
- Pakar perubatan berkata wanita terbabit menghadapi kecelaruan personaliti menyebabkan beliau terdorong menelan sudu dan garpu.
- Bagaimanapun, tiada siapa dapat menjelaskan mengapa Cik Daalman tidak pernah menelan pisau.
- Selepas menjalani pembedahan, beliau dikatakan beransur pulih dan memberi tindak balas memberangsangkan terhadap terapi yang dijalankan ke atasnya.



Post a Comment