SUARA BEBAS TUARAN

Anwar Syorkan Polis Siasat Juga Pemimpin BN Yang Punya ‘kekayaan Melampau’

Labels:

Sebaik pulang dari luar negeri, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia disiasat berhubung dakwaan mempunyai simpanan sebanyak RM3 bilion seperti mana didedahkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid beberapa tahun lalu.
  • Anwar yang juga Ketua UMUM Pakatan Rakyat (PR) berkata, beliau tidak gentar dengan dakwaan itu, tetapi mahu siasatan turut dijalankan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memiliki ‘kekayaan melampau’
  • “Sila siasat, saya tidak takut, saya juga minta diwujudkan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat kesemua harta yang hilang secara bebas termasuklah siasatan terhadap diri Khairy (Ketua Pemuda UMNO) sendiri terutamanya.
  • “Fitnah ini dibuat sejak 1998 lagi tetapi sehingga sekarang mereka tidak boleh membuktikan apa-apa pun,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri program bersama masyarakat India di Estet Sua Betong di sini, semalam.
  • Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menolak dakwaan Khairy bahawa beliau memiliki simpanan dalam beberapa ‘master accounts’ dan pernah disiasat Badan Pencegahan Rasuah (BPR) tetapi tidak menemui sebarang bukti.
  • “Selama 11 tahun dakwaan seperti ini dibuat, saya tidak takut kerana saya tidak bersalah, yang perlu berasa takut adalah Khairy sebab beliau mampu mengumpul kekayaan sehingga beratus-ratus juta, di mana beliau dapat kekayaan tersebut?” katanya.
  • Khairy sebelum ini meminta polis menyiasat Anwar susulan kenyataan Datuk S Nallakarupan yang mendakwa Anwar mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti mana didedahkan Abdul Murad Khalid dalam kenyataan pada tahun 1999.
Sumber: Sinar Harian
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails