
Bengang dengan kritikan Akhil Hayy, seorang penyanyi rok, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, 42 tahun, mahu penceramah itu tutup mulut dan mencermin diri sendiri sebelum cuba mentarbiah artis yang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat.
Sumber: Harian Metro.
- Malah, penyanyi kumpulan Wings itu mengakui telinganya 'panas' apabila mendengar nama artis berkenaan dan memberi amaran kepada Akhil supaya tidak lagi bercakap mengenai dunia artis atau mengaitkan golongan itu dengan sebarang bentuk ajaran sesat.
- Awie mendakwa gelaran 'ustaz' yang diberikan masyarakat terhadap Akhil tidak wajar kerana penceramah itu sepatutnya mencerminkan kredibiliti dirinya terlebih dulu.
- Tanpa berselindung Awie mempertikaikan kewibawaan Akhil untuk mentarbiah golongan artis berdasarkan kredibiliti kehidupan rumah tangganya yang boleh dipertikaikan.
- 'Jangan ingat golongan artis tidak mengetahui kehidupan dunia dan akhirat. Apa saja yang dilakukan manusia di bumi ini hanya Allah yang tahu, tidak salah untuk ingatmengingati,' katanya kelmarin.
- Awie, yang popular dengan lagu Sejati, mengulas dakwaan Akhil bahawa ada segelintir artis yang sudah ada nama menggunakan kedudukan mereka mempengaruhi artis lain agar melakukan maksiat selain mempermudahkan Islam.
- Malah, penceramah muda dan pengacara sebuah rancangan ilmiah itu turut mengakui ada artis membenarkan gejala bersekedudukan dan berzina dengan alasan apa yang dilakukan sudah ditentukan Allah selain manusia mempunyai ruang dan masa untuk bertaubat.
- Akhil turut menyentuh mengenai ajaran sesat golongan artis yang dipercayai menjadi pegangan melalui ajaran pelik dipercayai diperolehi daripada 'guru ghaib' yang sukar dikesan.
- Mengulas, Awie berkata Akhil perlu mencermin dirinya dulu yang sebelum ini turut terpalit dengan dunia glamor.
- Walaupun mengakui ada artis yang tergelincir dalam maksiat, Awie mempertikaikan mengapa hanya golongan itu dikaitkan dengan pelbagai kegiatan tidak bermoral, termasuk ajaran sesat.
- 'Sebagai artis kita fokus terhadap apa yang hendak kita lakukan dan tidak berdiri di pentas ceramah sambil memaki dan mencerca orang lain,' katanya sambil meminta Akhil supaya tidak menilai seseorang itu secara melulu dan pada kulitnya sahaja kerana 'dia baru setahun jagung dalam dunia artis'.



October 28, 2009 1:16 PM
Pada saya, saya menyokong penuh kenyataan Akhil Hayy kerana beliau bercakap berdasarkan pengalaman beliau semasa bertemu dengan anggota kumpulan ajaran sesat tersebut. Beliau juga tidak menyebut mana-mana nama yang terlibat dalam ajaran sesat tersebut. Tetapi kenapa awie hendak melenting? Adakah kerana beliau terlibat dengan kumpulan ajaran sesat tersebut? Ataupun dia hanya melenting kerana dendam lama atau saja untuk suka-suka? Seperti yang awie sendiri sebut di dalam akhbar itu, kita sebagai manusia wajib mengingat-mengingati sesama manusia untuk kebaikkan. Tetapi kenapa dia menyuruh Akhil Hayy untuk jangan menyibuk? Jika dia mempertikai kredibiliti Akhil Hayy kerana masalah yang menimpa dirinya suatu ketika dahulu, sekurang-kurangnya dia adalah seorang yang mempunya ilmu agama yang tinggi dan sentiasa memperbaiki dirinya! Kalau diberi pilihan antara awie dan Akhil Hayy, siapa awie itu? apa yang dia tahu pasal agama? setakat tahu saja ke, tapi tidak berbuat apa-apa? Perbezaan antara awie dan Akhil Hayy adalah seperti bumi dan langit. Kalau nak diikutkan siapa yang lebih berhak menegur, Akhil Hayy yang lebih layak menegur sesiapa saja yang dia hendak berbanding awie.
Kalau tak tahan kena tegur, ubahlah diri tu kepada yang lebih baik. Pada saya, hampir kesemua artis yang ada di negara kita ini telah jatuh kelembah kegelapan dan terpesong akidahnya. Kalau nak diberikan statistik dari segi angka, 99% artis Malaysia terdedah kepada risiko sesat dan terpesong. Kesemua artis-artis ini adalah calon-calon pasti neraka jahannam yang dijanji Allah. Jadi adalah tanggungjawab Akhil Hayy untuk menegur dan meneruskan dakwah beliau. Adalah menjadi tanggungjawab awie untuk mendengar dan menerima dengan baik teguran Akhil Hayy itu jika benar beliau adalah anggota ajaran sesat itu. Jika tidak, tidak perlulah melenting dengan kenyataan akhbar dari Akhil Hayy itu. Jika ada silap di dalam diri, hijrahkan diri untuk menjadi lebih baik. Pembaikan diri kita bukannya hanya sekali, tapi haruslah berlaku setiap masa dan setiap hari.
Post a Comment