
Seorang bayi di Dagestan, Russia membingungkan para doktor apabila ayat suci Al-Quran didapati tertera pada tubunya.
Sumber: Agensi.
- Ibu bapa budak lelaki berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan 'Allah' muncul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.
- Sejak itu beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul di belikat, lengan, kaki dan perut Ali.
- Keluarganya mendakwa ayat yang lama akan lenyap sebelum ayat baru timbul dua kali dalam masa seminggu.
- Para pegawai perubatan berkata mereka tidak dapat menjelaskan kejadian misteri itu.
- Tetapi mereka menafikan ayat itu ditulis oleh seseorang pada kulit bayi mereka.
- Ibunya, Cik Madina, berkata beliau dan suaminya semakin patuh melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.
- Pada mulanya Cik Madina dan suaminya tidak menunjukkan ayat-ayat penuh misteri itu kepada sesiapa tetapi akhirnya mereka mendedahkan hal itu kepada doktor mereka.
- Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan, yang terletak berhampiran Chechnya, di selatan Russia.
- Anggota parlimen setempat, Encik Akhmedpasha Amiralaev, berkata budak lelaki itu adalah tanda kebesaran Tuhan.
- 'Allah menghantarnya ke Dagestan untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negara kami,' kata beliau.
- Menurut Cik Madina, ayat-ayat itu muncul dua kali dalam seminggu iaitu pada Isnin dan malam Jumaat.
- 'Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar memegangnya ketika itu.
- 'Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian. Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu,' katanya.
- Seorang imam, Encik Abdulla, memberitahu penduduk setempat bahawa memang ada ayat dalam Al-Quran yang menyatakan Allah akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa Al-Quran itu kitab yang benar.
- 'Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan,' kata beliau.



Post a Comment