SUARA BEBAS TUARAN

Azalina Terkilan Cadangan Pindaan Puteri Ditolak

Labels:

  • Bekas Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan rasa terkilan apabila cadangan pindaan supaya wanita berumur 18 hingga 35 tahun yang menyertai Umno didaftar secara automatik sebagai anggota Puteri, ditolak.
  • Beliau berkata sekiranya generasi muda wanita Melayu masih terpaksa membuat pilihan sama ada menganggotai Wanita atau Puteri dalam parti tersebut, Umno yang menjadi parti tunjang Melayu tidak akan menjadi kuat.
  • "Saya terkilan apabila pindaan itu ditolak kerana saya sentiasa menyatakan bahawa mereka di bawah umur 35 tahun perlu dijadikan ahli Puteri secara automatik sebelum kemudian menjadi ahli Wanita apabila mecapai umur 35 tahun ke atas.
  • "Kalau kita mengemaskini mereka seperti Pemuda contohnya iaitu semua anggota di bawah 40 tahun menyertai sayap parti itu manakala yang melebihi umur 40 tahun akan masuk bahagian, maka ini akan memberi kekuatan kepada kepimpinan generasi muda dalam parti," katanya.
  • Ketua Umno dan anggota Parlimen Pengerang itu mengulas pindaan Perlembagaan Umno pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjurannya di Bandar Penawar, pada hari Sabtu.
  • Beliau turut mencadangkan supaya Pergerakan Puteri mengikut jejak Pergerakan Wanita yang memohon lebih ramai anggotanya menjadi pembuat dasar dan penentu keputusan sebanyak 30 peratus di peringkat parti.
Sumber: BERNAMA
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails