
Seorang penggali kubur mati pucuk dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun tiga tahun lalu.
- Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Anita Haron, membuat keputusan itu kelmarin terhadap tertuduh, Mohd Norddin Jusoh, 37 tahun, selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.
- Datuk Anita dalam penghakimannya berkata mahkamah mengambil kira semua keterangan, terutama keterangan saksi pembelaan kedua yang juga isteri tertuduh, yang disifatkannya sebagai paling layak membuktikan suaminya mati pucuk.
- 'Keterangan isteri tertuduh boleh diterima pakai berikutan beliau yang berkahwin dengan tertuduh malah ia juga disokong oleh keterangan ibu mentuanya.
- 'Jadi, pihak pendakwaan gagal mengukuhkan pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh sekali gus gagal membuktikan bahawa tertuduh sememangnya tidak mati pucuk,' katanya.
- Bagi pertuduhan pertama, Norddin didakwa merogol budak itu di semak dekat tangki air menara Taman Chantik, Jalan Senohong Taman Pertama di sini, pada malam 15 Disember 2006.
- Dia didakwa mengulangi perbuatan itu sebanyak dua kali di tempat sama, pada malam 31 Disember 2006 dan 9 Januari 2007.
- Sebelum ini, mangsa dalam keterangan dalam mahkamah mengaku dapat mengecam wajah orang yang merogolnya.
- Mangsa berkata tertuduh membawanya ke tempat kejadian dan memberinya duit setiap kali selepas merogolnya.
- Mohd Norddin berkata gembira akan keputusan mahkamah dan dapat kembali kepada keluarga serta akan tetap menjadi penggali kubur.
- Isteri beliau, Cik Hafizah Aziz, 37 tahun, turut gembira akan pembebasan suaminya.
- 'Sejak berkahwin saya amat mengenali suami kerana kami tidak pernah berenggang,' katanya.



Post a Comment