SUARA BEBAS TUARAN

Cadangan Lanjut Tempoh Daftar Lewat Sijil Kelahiran Di Sabah

Labels:

Anggota Dewan Undangan Negeri Labuk, Datuk Michael Asang kelmarin mencadangkan supaya tempoh pendaftaran lewat sijil kelahiran di Sabah dilanjutkan melebihi 45 hari.
  • Beliau berkata pendaftaran lewat sijil kelahiran yang mesti dilakukan dalam tempoh 45 hari pada masa ini perlu dilanjutkan bagi mengatasi masalah pendaftaran dokumen pengenalan diri di kawasan luar bandar Sabah.
  • “Sudah sampai masanya tempoh daftar lewat yang dikuatkuasakan melalui Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 dipinda bagi mengatasi masalah pendaftaran sijil kelahiran yang dihadapi banyak penduduk di luar bandar.
  • “Saya akan mengemukakan cadangan ini untuk dibincangkan kalangan wakil rakyat di negeri ini bagi membolehkan ia dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet negeri untuk meminda ordinan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Pendaftaran Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan di SK Nangka di sini kelmarin.
  • Program yang bermula semalam hingga esok, anjuran Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Dewan Undangan Negeri Labuk, membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mahkamah Bergerak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
  • Michael, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, berkata banyak masalah pendaftaran lewat sijil kelahiran berpunca daripada kesukaran penduduk di luar bandar untuk pergi mendaftar di pejabat JPN yang terletak jauh dari kampung mereka.
  • Masalah kewangan dan pengangkutan ke pejabat JPN berhampiran menyebabkan mereka gagal mendaftar sijil kelahiran bayi dalam tempoh 45 hari yang ditetapkan oleh JPN, katanya.
  • Sementara itu, Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan Indra Ayub yang ditemui ketika program itu turut bersetuju dengan cadangan melanjutkan tempoh pendaftaran lewat sijil kelahiran melebihi 45 hari.
  • Katanya kegagalan ibu bapa mendaftarkan kelahiran anak mereka merupakan masalah yang banyak diterima setiap kali pihaknya menganjurkan program pendaftaran sijil kelahiran dan kad pengenalan di kawasan luar bandar.
  • “Kalau boleh ia dilanjutkan melebihi 100 hari bagi memberi masa kepada ibu bapa yang tinggal di luar bandar mendaftarkan sijil kelahiran anak-anak mereka,” katanya.
Sumber: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails