
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya tempoh minimum penahanan pesalah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipendekkan kepada satu tahun berbanding dua tahun seperti diamalkan sekarang.
- Beliau berkata, kajian setiap enam bulan juga perlu dilakukan oleh pihak yang berkelayakan sebagai langkah menepati hak-hak asasi manusia.
- "Walaupun ISA perlu dilaksanakan di Malaysia sebagai satu undang-undang preventif, ia masih perlu dikaji semula.
- Perlu juga ada peraturan jelas tentang bila ia perlu digunakan. Kita tidak mahu menahan seseorang selama tiga hari di bawah ISA dan kemudian membebaskannya atas alasan demi keselamatan tahanan," katanya.
- Bekas Perdana Menteri itu berkata, Malaysia masih memerlukan undang-undang preventif itu kerana tanpanya dikhuatiri akan berlaku ancaman perkauman yang mengganggu gugat kestabilan negara berbilang kaum ini.
- Sikap perkauman ekstrem itu mampu membawa kepada keganasan yang kita harus elakkan. Kita mesti menilai kestabilan yang dimiliki ini bagi menentukan pembangunan negara dapat berjalan lancar, kata nya.
- Beliau berkata, perlu diingatkan bahawa ISA adalah satu bentuk undang-undang preventif di mana pesalah ditahan sebelum sesuatu jenayah dilakukan.
- Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, walaupun ISA digunakan demi keselamatan negara, ia juga sebelum ini digunakan bagi menahan individu yang menentang kerajaan secara politikal.



Post a Comment