
Tun Dr. Mahathir Mohamad merasa terkilan melihat rakyat negara ini yang berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan terutama obesiti dan sakit jantung.
Sumber:Utusan
- Kenyataan spontan bekas Perdana Menteri itu menggambarkan rasa kecewa beliau dengan sikap rakyat Malaysia yang malas untuk menjaga kesihatan mereka.
- Katanya, penambahan ketara kumpulan penduduk yang terlebih gemuk atau obesiti agak merunsingkan.
- “Pada masa ini, orang yang obes amat ramai, malah semasa mereka berjalan, gear box (merujuk kepada perut) mereka turut bergerak dan dibuai dengan kuat. Ini tidak elok kerana jantung mereka terpaksa bekerja lebih kuat untuk menampung keadaan itu,” katanya.
- Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen Walk-a-Mile (WAM) sempena Hari Jantung Sedunia 2009 di sini hari ini.
- Dr. Mahathir turut berkongsi panduan kesihatan dengan peserta kempen itu bahawa berat badannya tidak pernah melebihi 60 kilogram sejak mula-mula menyertai politik sehingga bersara.
- Beliau seboleh-bolehnya akan tetap meluangkan masa untuk melakukan senaman walaupun sibuk dengan tugas seharian.



Post a Comment