SUARA BEBAS TUARAN

Gejala Rasuah Bukan Lagi Isu Utama Pilihan Raya, Pengajaran Untuk PR ?


Walau pun tercalit imejnya denga gejala rasuah , Mohd Isa Abdul Samad telah menamatkan kemelut kekalahan BN dalam pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia selepas 8 Mac 2008.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini kembali semula ke gelanggang politik dengan kemenangan majoriti 5,435 undi di PRK Bagan Pinang.
Malah, PRK Bagan Pinang ini memperlihatkan sokongan melangkaui kaum terhadap calon yang pernah disabitkan kesalahan kerana terlibat dalam politik wang ini. Keputusan ini diterjemahkan oleh Isa Samad sebagai sokongan rakyat terhadap konsep “1Malaysia” yang diuar-uarkan oleh PM Najib Razak.
Dalam masa yang sama, kekalahan PAS di Bagan Pinang sememangnya dijangkakan dari awal, namun kekalahan dengan majoriti yang besar tetap merupakan tamparan sengit kepada PAS-PR. PR didodoikan dengan suasana yang memberangsangkan selepas tsunami politik PRU ke-12.
  1. Kekalahan PRK Bagan Pinang pasti memberi pengajaran kepada PR dalam beberapa aspek. Pertamanya, usaha menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih sebelum ini terbantut, setelah kemenangan dalam PRU ke-12. Kawasan seperti Bagan Pinang menyedarkan PR bahawa isu ketidakadilan dalam sistem pilihan raya masih belum selesai.
  2. Keduanya, PR melihat bahawa rakyat tetap akan memberi sokongan kepada PR, berdasarkan betapa buruknya BN, dan tidak mengambil kira sejauh manakah prestasi dan mutu PR.
    Perbalahan sesama sendiri dalam PR dianggap akan mendapat toleransi daripada rakyat kerana “ia sekadar mainan media, atau diperbesarkan oleh media”.
    Pengundi Bagan Pinang memberi jawapan yang sememangnya di luar jangkaan PR. Persoalan kini yang wajib direnungi PR ialah, berapa lagi Bagan Pinang yang ada di Malaysia?
Sumber: Merdeka Review
2 comments:

Salam Tuan Engineer.
Mcm2 isu di bagan Pinang. Isu Fissabilillah, Isu Pengundi Pos, Isu pukul orang tempatan dan Isu Rasuah. Cara PAS handle isu-isu itu tidak menampakkan memohon simpati rakyat bagan pinang tetapi menampakkan mereka datang seolah-olah sebagai hero. DAP plis Ronnie Liau pula diberikan peranan sebagai peneraju perjumpaan Utama di Port Dickson. Ini menyinggung perasaan Pengundi Majoriti khasnya Melayu dan Penjawat Awam. Banyak lagi kelemahan. Memang BP kubu BN tetapi kehilangan pengundi seramai 1519 berbanding PRU12..harus ditelaah PR dengan terperinci.


Wsalam sdra Sabah Kita,
walau pun banyak hal yang telah berlaku di Bagan Pinang, namun perkara yang tetap jadi ingatan, ia lah UBN maseh menghalalkan calon yang pernah di cemar imej nya dengan rasuah atau politik wang.
Pengajaran untuk PR?


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails