
Graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) diseru supaya menerokai bidang pekerjaan ‘tradisional’ yang mana mereka sendiri boleh menjadi majikan dan mengikis mentaliti ‘makan gaji’.
Sumber: NST
- Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Haji Ahmadshah Abdullah berkata, ini kerana bidang pekerjaan yang dahulunya dianggap ‘tradisional’ seperti pesawah dan nelayan mempunyai ruang yang besar untuk diterokai dan dikomersilkan.
- “Aktifkan minda anda sehingga semua bidang pekerjaan yang dahulunya dianggap tradisional seperti pesawah ladangan dan kenelaya- nan diubah dan dianggap sebagai industri komersial, dengan anda sebagai pemain utamanya.
- Tun Ahmadshah berkata ijazah yang diperolehi itu merupakan sebahagian sahaja daripada keperluan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa depan.
- “Kemampuan menyesuaikan diri serta aplikasi ilmu amat penting dalam menentukan kejayaan berterusan dalam alam kerjaya.
- “Dalam satu setengah dekad universiti ini tertubuh, globalisasi telah dan sedang mengubah cara kita berfikir, beraksi dan bertindak balas, dan semuanya ini memerlukan ketahanan diri dan mental bagi mengharungi arus globalisasi itu,” katanya.
- Beliau berkata, graduan yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang pengkhususan tertentu seharusnya mengiringinya dengan berbagai kema- hiran termasuk kemahiran berkomunikasi, berurusan secara berdiplomasi sambil mengekalkan budi pekerti budaya Malaysia yang indah.
- Katanya lagi, kajian juga membuktikan bahawa criteria penting dalam pengambilan siswazah sebagai tenaga kerja adalah bergantung kepada pengalaman, etika dan penguasaan bahasa antarabangsa mereka.
- “Sesungguhnya, jika kita ingin mempertahankan kemajuan dalam era globalisasi ini, pergaulan kita dengan bangsa-bangsa lain hendaklah maju dan penguasaan bahasa adalah kunci kepada pengekalan kemajuan ini.
- “Kita bukan sahaja harus bersikap Satu Malaysia tetapi kita harus mula membina dan mengamalkan sikap Satu Dunia,” katanya.



Post a Comment