SUARA BEBAS TUARAN

Jenazah Noordin Mat Top Selamat Dikebumikan Di Pontian

Labels:

Sembilan tahun selepas beliau melarikan diri dari Malaysia, pengganas nombor satu Asia Noordin Mat Top yang terbunuh di Indonesia bulan lepas, selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kayu Ara Pasong di sini kira-kira 7 malam tadi.
  • Sebelum itu, ketibaan jenazah allahyarham Nordin yang mengetuai kumpulan serpihan radikal Jemaah Islamiyah (JI) di Masjid Nurul Iman kampung berkenaan kira-kira 6 petang kelmarin telah disambut dengan laungan "Allahhuakbar" oleh lebih 500 penduduk kampung itu.
  • Jenazah allahyarham yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari Jakarta dengan penerbangan Malaysia Airlines kira-kira 3 petang kelmarin, telah dibawa pulang ke Pontian menggunakan van jenazah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya dengan diiringi oleh anggota polis.
  • Abang Noordin, Yahya dan isteri pertamanya, Siti Rahmah Rusdi, seorang guru al-Quran di Kampung Sungai Tiram, Johor Baharu yang telah ke Jakarta semalam untuk menuntut jenazah allahyarham di Rumah Sakit Kramat Jati, turut mengiringi perjalanan terakhir jenazah kembali ke kampung halamannya kelmarin.
  • Noordin yang mengetuai kumpulan serpihan JI yang dikenali sebagai "Tandzim Al-Qaedat Jihad Indonesia" terbunuh pada 17 Sept lepas di dalam satu operasi oleh pasukan khas anti keganasan Indonesia Detasmen Khusus 88 di Kepuhsari, Solo, Jawa Tengah.
Sumber: mStar
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails