SUARA BEBAS TUARAN

Kawasan Kiulu, Tamparuli Perlu Bina Lebih Banyak Jalan Raya


Persatuan Petani dan Penternak Bumiputera Sabah (Petanah) merayu kepada kerajaan negeri supaya membina lebih banyak jalan raya kampung khususnya di kawasan Kiulu, Tamparuli. Kerana masih banyak kampung di kawasan itu yang belum mempunyai jalan raya yang menghubungkan kampung mereka ke kampung lain.
Petanah meminta kerajaan supaya memperbanyakkan lagi jalan ke kawasan pertanian bagi memudahkan para penduduk kampung menjalankan aktiviti pertanian mereka.
  • Ahli-ahli Petanah berasa sedih kerana selepas merdeka lebih 40 tahun lepas, masih banyak kampung di kawasan Kiulu yang belum dihubungkan dengan jalan raya, misalnya di Kampung Pukak ke Kampung Sinansag dan Kampung Gonipis ke Kampung Poring.
  • Selaras dengan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh kerajaan sedia ada yang mendahulukan kepentingan rakyat, maka adalah menjadi tanggungjawab pemimpin dan wakil rakyat di Kiulu untuk membuktikan bahawa mereka benar-benar berjiwa rakyat dengan mempercepatkan pembinaan jalan-jalan kampung.
Menurut Presidennya Gaibin Ransoi berkata, “Kita tidak mahu konsep 1Malaysia ini hanya permainan kata-kata di bibir saja. Penduduk Kiulu mahu melihat kawasan itu bertambah maju.
“Kita tidak nafikan sudah ada pembangunan yang dilaksanakan di Kiulu kerana itu tanggungjawab kerajaan yang memerintah, namum rakyat di kawasan itu sedang memerhati dan berharap ada jalan kampung yang baru yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan peruntukan besar yang tersedia,” katanya.
  • Ini penting bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung yang sekian lamanya mahu menikmati nikmat pembangunan selepas Sabah mencapai kemerdekaan melalui gagasan Malaysia,” katanya.
  • Beliau juga berharap agar Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dapat memberi manfaat kepada semua petani dan penternak termasuk petani padi bukit yang mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan.
Sumber: Petanah
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails