SUARA BEBAS TUARAN

Kemana Kah Ala Tuju PKR Sabah Sesudah Azmin Ali ?

Labels:

Baru-baru ini kita telah di beritakan bahawa PKR Sabah telah diberi nafas baru dengan pengumuman perlantikan Sdra Tamrin Haji Zaini selaku Ketua perhubungan PKR baru di Sabah mengganti tempat Yb Azmin Ali yang dikatakan pelantikan beliau disini penuh dengan ‘controversy’.
  • Pasti nya, perlantikan Tamrin ini kan membuka ruang untuk persoalan terutama sekali
  1. Credibility atau kewibawaan Tamrin untuk meneruskan perjuangan PKR Sabah
  2. Peranaan Pemimpin veteran duo, Tuan Hj Ansari dan Dr Jeffrey Kitingan, dimasa akan datang
  3. Penerimaan kaum KDM terhadap perlantikan Tamrin selaku Ketua PKR negeri yang baru
  • Tanpa memperkecilkan kebolehan dan peranaan Tamrin beliau selama ini, kita maseh juga tertanya-tanya sama ada Tuan Hj Ansari dan Dr Jeffrey akan memberi kerja sama sepenuh nya kepada Tamrin dalam usaha untuk memperkuatkan lagi PKR dalam missi untuk menawan Sabah pada PRU13 nanti.
  • Banyak persoalan yang tidak terjawab, terutama sekali dari pehak Tuan Hj Ansari; dimana selama ini beliau telah mendiamkan diri dari hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti PKR di Sabah. Harapan kita persoalan ini akan terjawab juga dimasa terdekat ini.
  • Kita selalu mendengar cerita yang berupa spekulasi mengenai Dr Jeffrey yang dikatakan akan menyertai parti abang beliau Datuk Joseph Pairin Kitingan dalam masa yang belum ditentukan.
  • Namun, telah berkali-kali Dr Jeffrey menyatakan hasrat beliau untuk bersama parti pembangkang; khas nya PKR.
  • Walau macam mana pun, kenyataan itu beliau laungkan sebelum ketetapan untuk melantik Tamrin selaku Ketua Perhubungan Sabah PKR di umum kan baru-baru ini.
  • Apa yang kita boleh pastikan setakat ini , kebanyakan penyokong-penyokong Dr Jeffrey dalam PKR akan bersama beliau dalam apa jua tidakan yang beliau lakukan selepas ini. Dalam hal ini, bukan mudah untuk kita rumuskan, kecuali Dr Jeffrey sendiri yang akan menentukan nya kelak.
  • Dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan, banyak pemerhati politik pro BN akan merasakan bahawa perlantikan Tamrin, sebagai satu kelemahan dalam parti PKR. Dengan itu, mereka merasa agak selesa dengan kedudukan BN di Sabah, terutama sekali parti UMNO.
  • Namun, kita harus juga ingatkan bahawa sebenar nya yang merunsingkan bukan lah kekuatan parti pembangkang di Sabah ini.
    Tetapi ada lah kelemahan BN sendiri dalam pengurusan untuk mengubahkan nasib rakyat Sabah. Terutama sekali kaum belia yang nampak nya bilangan mereka semakin hari semakin bertambah untuk layak mengundi pada PRU13 akan datang ini.
Analisis Solymone
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails