
Kerajaan Pulau Pinang didakwa menderhaka kerana tidak mewartakan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, selaku ketua agama bagi Pulau Pinang untuk melantik pensyarah Universiti Sains Malaysia sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp).
Sumber: BMM.
- Pada pertengahan Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Encik Ellias Zakaria, bagi menggantikan Encik Shabudin Yahaya yang tamat tempoh akhir tahun ini.
- Bagaimanapun, kerajaan negeri membuat pengumuman Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pulau Pinang, Encik Mohd Salleh Man, sebagai YDP Maipp ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Ogos lalu.
- Pada pilihan raya kecil itu, Encik Mohd Salleh menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Encik Rohaizat Othman.
- Mendedahkan perkara itu, Encik Shabudin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan, turut mendakwa kerajaan negeri menipu rakyat terutama penyokong PAS apabila menamakan Encik Mohd Salleh sebagai penggantinya.
- Berikutan itu, beliau menyifatkan kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri, Encik Lim Guan Eng, dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai menderhaka kerana mencadangkan Encik Salleh walaupun Yang di-Pertuan Agong sudah memberi perkenan melantik Encik Ellias.
- 'Kenapa hendak melindungi dan tidak mewartakan perkenan Yang di-Pertuan Agong?
- 'Malah, mereka sebaliknya mencadangkan nama orang lain pula (Encik Mohd Salleh) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir. Pada saya, ia bersifat derhaka kerana melanggar perkenan baginda,' katanya.
- Encik Shabudin yang akan memegang jawatan YDP Maipp sehingga akhir tahun ini, keliru dengan perkara itu dan tindakan kerajaan negeri yang belum mewartakan perkenan Yang di-Pertuan Agong yang turut memperkenankan pelantikan Ahli Majlis Maipp yang baru.
- 'Mengikut apa yang dinyatakan pihak Istana (Negara) saya tidak lagi memegang jawatan itu selepas Yang di-Pertuan Agong membuat perkenan tetapi ketika saya bertanyakan Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Zainal Rahim Seman), beliau kata ia perlu diwartakan terlebih dulu.
- 'Saya tiada masalah mengundur diri tetapi keadaan sekarang tidak begitu pasti. Saya lihat mereka buat ini semua di luar kebijaksanaan dengan membiarkan pentadbiran Maipp tidak menentu,' katanya. -



Post a Comment