SUARA BEBAS TUARAN

Kerajaan tidak lepas tangan masalah pelajar Unand

Labels:

Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah bersikap lepas tangan dalam menangani masalah penuntut Malaysia di Universitas Andalas (Unand) yang terjejas ekoran gempa bumi di Padang, Indonesia.
  • Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya telah mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan semua penuntut itu dapat meneruskan pengajian mereka yang tergendala.
  • Beliau berkata, proses permindahan kredit serta pertukaran universiti yang terpaksa dilakukan untuk membolehkan penuntut berkenaan menyambung pengajian mereka dalam bidang perubatan tidak semudah yang disangka dan memerlukan pelbagai peringkat prosedur.
  • "Kita tidak boleh memindahkan mereka sesuka hati kerana ia perlu melihat kepada kesesuaian kredit dan keputusan peperiksaan yang mereka ambil.
  • "Kementerian bersimpati dengan apa yang berlaku dan kami harap para ibu-bapa bersabar dan menerima hakikat bahawa apa yang berlaku ialah bencana alam yang tidak dapat dielakkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Perlumbaan Bot Varsity di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini hari ini.
  • Beliau mengulas dakwaan segelintir ibu bapa penuntut Malaysia di Unand yang melihat kementerian itu tidak serius dalam menangani masalah penempatan penuntut berkenaan ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.
  • Dakwaan itu dikatakan ada hubung kait dengan tindakan kementerian itu memindahkan mereka yang terbabit ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang akan mendatangkan beban kewangan kepada penuntut terbabit berikutan yuran kursus yang lebih mahal berbanding Unand.
  • Mohamed Khaled yang kesal dengan dakwaan itu berkata, beliau sebelum ini telah mengumumkan bahawa sebuah pasukan khas yang kini berada di Padang telah ditugaskan untuk mengumpul profil semua penuntut berkenaan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.
Sumber: BH
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails