
Kerajaan yakin negara dapat mencapai 80 peratus tahap sara diri beras menjelang tahun depan, memandangkan usaha-usaha yang dijalankan, seperti pemberian insentif dan subsidi, projek mini estet dan projek sawah padi berkelompok, kelihatan sudah menampakkan hasil.
Sumber: NST
- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata Projek Padi 10 tan yang dilaksanakan kerajaan menunjukkan peningkatan dan kini projek itu mencapai keluasan 85,081 hektar dengan peningkatan purata hasil 26.55 peratus serta melibatkan 24,600 orang pesawah di seluruh negara.
- Hasil projek ini menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun, dengan ada insentif dan subsidi yang diberi pada pesawah, saya yakin usaha kerajaan untuk capai ‘rice self-sufficiency’ pada 2010 kepada 80 peratus boleh dicapai, katanya.
- Perlaksanaan Projek Tanaman Padi 10 Tan sehektar atau lebih dikenali sebagai Projek 10 tan diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian, yang antara lain bertujuan meningkatkan pengeluaran nilai padi negara menjelang 2010.
- Bagaimanapun Noh berkata setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mensasar tahap sara diri penanaman padi 100 peratus tanpa mengharapkan import negara luar.
- Beliau berkata kerajaan juga memberikan peruntukan yang cukup besar iaitu RM3.5 bilion bagi tahun 2008 hingga 2010, untuk melaksanakan Projek Padi 10 tan termasuk meningkatkan sistem pengairan di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (KADA).



Post a Comment