
- Menurut sumber, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menghadapi satu lagi tamparan, dengan Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
- Liew, yang telah digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata bagaimanapun beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.
- Liew berkata selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.
- "Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui. Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya.
- Sebelum itu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah pun meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anggota majlis tertinggi dan biro politik.
- Dr Jeffrey, dijangka akan menghantar surat peletakan jawatan kepada ibu pejabat parti hari ini. Walau macam mana pun, beliau akan kekal sebagai anggota biasa parti itu.
- Adalah dipercayai majoriti ketua-ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.
Sumber: MalaysiaKini, Bernama
Post a Comment