
Laporan Audit Negara tahun 2008 yang baru diperoleh oleh ahli parlimen menunjukkan kerajaan mungkin terpaksa menanggung beban sebahagian dari kerugian projek mega yang bernilai ribuan juta dana awam.
Sumber: Ahli parlimen, BH
- Jabatan Audit Negara menganggarkan jumlah kerugian projek rel keretapi berkembar dari Rawang ke Ipoh berjumlah sekitar RM 1.14 billion.
- Sehingga bulan Disember 2008 sebanyak RM 5.77 billion telah dibelanjakan untuk projek tersebut, bermaksud 32.9%(RM 1.43billion) lebih tinggi dari nilai sebenar, iaitu sekitar RM 4.34 billion.
- Malahan Laporan tersebut mengakui bahawa kelemahan pengurusan yang mengakibatkan kerugian yang sebegini besar.
- Menurut sumber dalam Laporan Audit terdapat ada bukti ada penyelewengan serta kelemahan dalam tadbir urus, ketelusan dan pemborosan. Apa lagi ketika memikirkan kelembapan ekonomi masih terasa, wajarlah pengurusan ekonomi mengambil langkah segera memperbetulkan dasar sumbang sebegini.
- Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008 untuk mengesan sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan dana awam.
- Kajian itu adalah prosedur biasa yang dilakukan setiap tahun bagi memastikan ketelusan dalam setiap penyata dan pengurusan kewangan yang telah diaudit Jabatan Audit Negara.
- Menurut kenyataan ibu pejabat SPRM di sini, hari ini jika terdapat unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, SPRM akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan prosedur siasatan sedia ada.



Post a Comment